SUBANG JAYA: Ahli dalam Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) diharap dapat mencontohi langkah ke hadapan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ketika menggubal peta hala tuju sukan masing-masing pada masa akan datang.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata Peta Hala Tuju F:30 FAM yang memasuki fasa kedua itu akan menjadi penanda aras sesuatu sasaran yang dapat dicapai persatuan bola sepak kebangsaan itu bagi tahun 2023-2026.
Fasa Kedua F:30 dilancarkan pada Sabtu untuk meneruskan kesinambungan Fasa Pertama 2019-2022, bagi mencapai sasaran mendominasi ASEAN dari segi urus tadbir, pertandingan dan pembangunan.
"Apa yang menarik ialah tidak banyak (ahli) NSA yang mewujudkan rangka tindakan yang ada tempoh masa tertentu dan juga petunjuk prestasi utama (KPI). Tak ramai yang meletakkan perancangan secara telus dan sebenar untuk pencapaian mereka.
"Jadi, semua pihak perlu percaya pada proses yang sudah dibentangkan dalam F:30 ini dan ini satu kerja yang baik daripada FAM," katanya pada sidang media pelancaran Peta Hala Tuju F:30, di sini hari ini.
Mohamad Norza dalam pada itu berpendapat, lebih banyak NSA akan menghasilkan peta hala tuju dan dalam masa sama membuka ruang kerjasama buat semua pihak berkepentingan seperti penaja, penyokong, atlet serta jurulatih, dalam menjayakan sesuatu perancangan.
Peta hala tuju F:30 dengan tempoh 12 tahun itu (2019-2030) dilancarkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino pada 31 Okt 2018, dibahagikan kepada tiga pelan strategik iaitu fasa pertama dari tahun 2019 hingga 2022 untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan dan pembangunan modal insan serta infrastruktur.
Ia disusuli fasa kedua (2023-2026) mencapai peringkat Asia dan disudahi fasa ketiga (2027-2030) bertujuan melahirkan sebuah pasukan kebangsaan yang mencecah taraf dunia.
Terdahulu, pada majis tersebut Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) turut memberikan peruntukan RM2.3 juta kepada FAM, bagi tujuan pembangunan infrastruktur sukan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023
Fasa Kedua F:30 dilancarkan hari ini untuk meneruskan kesinambungan Fasa Pertama 2019-2022, bagi mencapai sasaran mendominasi ASEAN dari segi urus tadbir, pertandingan dan pembangunan. - FB FAM
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Semua program sukan di bawah KBS, agensi, ditangguh hingga 31 Okt - Reezal Merican
Reezal Merican berkata semua atlet, jurulatih dan pegawai sukan negara adalah disarankan untuk terus mematuhi arahan dan nasihat kesihatan terkini.
SAM terima suntikan dana RM150,000 daripada KBS
Daripada jumlah itu, RM50,000 diberikan dalam bentuk subsidi bagi membiayai sewa ruang pejabat SAM bagi tempoh dua tahun sehingga Disember 2022 manakala RM100,000 lagi merupakan bantuan kewangan.