KUALA LUMPUR:Semua program di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan agensi-agensi di bawahnya yang telah dirancang perlu ditangguh sehingga 31 Okt ini kecuali latihan harian atlet sepenuh masa Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan.
Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan berkata keputusan itu berikutan perkembangan terkini pandemik COVID-19 yang membimbangkan atlet, jurulatih, pegawai sukan, pegawai sokongan, ibu bapa dan juga peminat sukan tanahair secara amnya.
"Ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada perjalanan program latihan atlet-atlet negara. Bagaimanapun, program dan acara sukan luar boleh diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.
Semua atlet perlu turut mematuhi larangan pergerakan keluar masuk asrama yang terhad kepada asrama dan tempat latihan termasuk gimnasium atau klinik, namun dibenarkan keluar dari asrama seminggu sekali untuk ke lokasi tetap dengan kebenaran jurulatih serta pengurus pasukan.
Beliau berkata arahan-arahan dan langkah-langkah proaktif yang dilaksanakan adalah bersifat pencegahan dan bertujuan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di pusat latihan serta asrama atlet agar program latihan harian dapat diteruskan dalam suasana lebih selamat dan kondusif dengan adaptasi norma baharu.
Reezal Merican berkata semua atlet, jurulatih dan pegawai sukan negara adalah disarankan untuk terus mematuhi arahan dan nasihat kesihatan terkini yang sering ditekankan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
Pada masa sama, atlet, jurulatih dan pegawai juga diingatkan supaya mengelakkan diri dari terlibat dengan program berskala besar yang melibatkan orang ramai.
Beliau berkata sementara itu atlet, jurulatih dan pegawai yang menjalani latihan sepenuh masa dan menginap di asrama pusat latihan Majlis Sukan Negara (MSN) dilarang untuk pulang ke kampung halaman bermula dari 12 hingga 31 Okt ini kecuali bagi urusan kecemasan.
Reezal Merican berkata mereka yang telah melakukan pergerakan ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Kedah, Klang atau zon kuning dan merah sejak seminggu lepas dilarang kembali ke asrama pusat latihan MSN sehingga 31 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 10 2020
Reezal Merican berkata semua atlet, jurulatih dan pegawai sukan negara adalah disarankan untuk terus mematuhi arahan dan nasihat kesihatan terkini. - BERNAMA
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X.
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Aplikasi Files by Google terima integrasi Gemini untuk rumus fail PDF
Ciri ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan dokumen PDF tanpa perlu memuat naik fail ke dalam aplikasi Gemini.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.
Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
KBS sedia pertimbang tiga permintaan PKBM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Sukan Negara sedia pertimbang tiga permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kepada kementerian itu.
KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.