KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasarkan untuk mendapat mandat Jemaah Menteri bagi menentukan hala tuju Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) Oktober ini.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya telah memulakan sesi libat urus dengan industri dan pemegang taruh mulai tahun lalu untuk peniaga memahami obligasi dalam perjanjian terbabit.
"Selain sesi libat urus, kajian analisis kos-manfaat mengenai penyertaan Malaysia dalam CPTPP sedang dijalankan, yang dijangka akan selesai menjelang Oktober ini.
"Dengan itu, MITI sasar mendapat mandat Jemaah Menteri mengenai (hala tuju) CPTPP Oktober ini," katanya dalam Buletin Utama TV3 pada Isnin.
Mengenai perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dijadual diratifikasi pada awal 2022, Azmin berkata bagi melengkapkan proses ratifikasi perjanjian tersebut, tiga akta di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu dipinda terlebih dahulu.
Akta tersebut adalah Akta Paten 1983, Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagang 1976, katanya.
Pada mesyuarat menteri-menteri ekonomi ASEAN baru-baru ini, beliau berkata setiap negara telah memberi komitmen untuk meratifikasi RCEP pada tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan ekoran proses yang berbeza di setiap negara.
"Hanya Singapura meratifikasi RCEP setakat ini," katanya.
Selepas lapan tahun berunding, RCEP dimeterai pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-37 pada November tahun lepas bersama 10 negara anggota ASEAN dan rakan strategik lain termasuk Australia, China, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan.
Perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia itu membabitkan 15 negara anggota merangkumi 2.2 bilion atau hampir sepertiga penduduk dunia dan menyumbang hampir 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 26 2021
Azmin berkata, bagi melengkapkan proses ratifikasi RCEP, tiga akta di bawah KPDNHEP perlu dipinda terlebih dahulu. - Gambar fail
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.