Penubuhan Dana Mudahcara oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah membantu syarikat Bumiputera berkembang sehingga dapat bekerjasama dengan syarikat antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pelaburan syarikat Bumiputera dalam syarikat besar juga akan dapat membantu meningkatkan ekonomi setempat dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
"Tanpa dana itu pelaburan tidak akan jadi kenyataan, namun apabila ada platfom seperti ini, kita hendak pastikan kesannya juga dapat dirasai oleh rakyat dan negara. Kita tidak mahu hanya kilang sahaja yang mengaut keuntungan.
"Apabila ada pelaburan langsung asing (FDI), ia membantu mengembangkan ekonomi tempatan dan beri peluang kepada rakyat dan syarikat tempatan, saya kira pelaburan ini akan beri keuntungan yang baik," katanya.
Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan kemudahan gudang pemasangan tempatan Mercedes-Benz yang dibina oleh syarikat Bumiputera, Nilai Mahir (M) Sdn Bhd (NMSB) di Taman Automotif, di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NMSB Al-Meiraj Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Datuk Seri Jebasinggam Issace John, Pengarah Kanan Teraju Megat Mohd Yatim Megat Hamid dan CEO Mercedes-Benz Dr Claus Weidner.
NMSB, anak syarikat Kumpulan Harmodal Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada 19 Jun, 1989, menerima Dana Mudahcara berjumlah RM4.76 juta bagi tujuan pembinaan itu.
Najib bagaimanapun menegaskan, inisiatif kerajaan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera tidak bermakna kerajaan tidak membantu ekonomi kaum lain kerana matlamat utama adalah untuk melihat sebuah negara yang berkongsi kekayaan secara saksama.
"Kita juga mahu melihat kawasan yang dahulunya kurang maju seperti Pekan yang hari ini sudah bertukar wajah menjadi kawasan yang pesat membangun, lebih-lebih lagi apabila kita mengklasifikasikannya sebagai hab automotif untuk negara.
"Bertitik tolak daripada keputusan itu, kita lihat bagaimana pelbagai syarikat mula bertapak kukuh dan menarik pelabur-pelabur luar negara dengan jenama yang amat tersohor seperti Mercedes-Benz untuk bertapak di sini," katanya.
Perdana Menteri menambah kerancakan ekonomi itu tidak akan berlaku tanpa bantuan kerajaan yang telah menyusun pelbagai dasar dengan begitu rapi dan memastikan setiap perancangan dilaksanakan dengan rapi.
"Kita sebagai sebuah kerajaan bukan hanya pandai bercakap tetapi boleh buat, melaksanakan sebagai sebuah kerajaan. Inilah yang patut dinilai rakyat. Bukan siapa yang boleh cakap sahaja, tapi siapa yang boleh buat perubahan," katanya.
Mengulas mengenai kerjasama NMSB dengan Mercedes-Benz, Najib menyifatkannya sebagai pencapaian amat baik dan akan memberi keuntungan jangka panjang memandangkan Mercedes-Benz merupakan sebuah jenama yang amat kukuh dan dikenali di peringkat antarabangsa.
"Kalau nak kira satu jenama yang berjaya, amat sukar untuk menandingi Mercedes-Benz yang telah berjaya sebagai sebuah kereta idaman, jadi saya ucapkan selamat maju jaya kepada kerjasama ini," katanya.
Sementara itu, Al-Meiraj berkata syarikat tersebut tidak mampu melaksanakan projek berkenaan tanpa sokongan dan kerjasama daripada agensi Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Pahang, Teraju dan ECER.
"Menerusi geran yang disumbangkan Teraju, kami mampu melaksanakan projek ini dengan kos yang lebih rendah. Geran yang diterima disalurkan untuk meringankan perbelanjaan modal infrastruktur.
"Ini secara langsung memberi manfaat kepada gudang ini dengan penjimatan struktur secara keseluruhan dan sekali gus membantu menikmati pengurangan overhed sewa pajak. Justeru, kehadiran di sini amat berbaloi dan memberi manfaat kepada ekonomi setempat," katanya.
Menurutnya, dengan adanya kemudahan ini, peluang dan penyertaan vendor, kontraktor dan perunding Bumiputera terbuka luas dan syarikat itu akan memilih usahawan yang berkelayakan untuk menjadi sebahagian daripada 'winning team' projek berkenaan.
Kemudahan gudang seluas 185,000 kaki persegi itu dibangunkan bertujuan untuk simpanan komponen dan bahagian-bahagian kereta, kata Al-Meiraj.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani pada plak simbolik perasmian Fasiliti Gudang Pemasangan Tempatan (CKD) Mercedes-Benz di Taman Automotif Pekan, hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Himpunan Solidariti menuntut keadilan Najib Razak
Wartawan Umavathi Ramayah dan Faida Rahim membawakan perkembangan terkini langsung dari Istana Kehakiman, Putrajaya.
Asas bermusim kukuh dijangka dorong niaga hadapan MSM meningkat minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan yang cenderung meningkat sedikit minggu ini, susulan asas bermusim yang lebih kukuh.
Piala AMEC: Pelbagai kontroversi hiasi kemenangan Vietnam, berjaya padam rekod cemerlang Gajah Perang
Seawal minit kelapan, Pham Tuan Hai, menyumbat gol pertama buat pasukan pelawat untuk kedudukan 1-0 selepas dilayangkan kad kuning.
Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati minggu ini
Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati minggu ini berikutan pelabur bersiap sedia untuk memulakan 2025 dengan pendekatan berhati-hati, selain tumpuan kepada hari pelantikan presiden Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 20 Januari.
Ringgit dijangka diniaga rendah berbanding dolar AS minggu ini
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data ekonomi Amerika Syarikat terutamanya tuntutan pengangguran, dijangka menunjukkan peningkatan berterusan selepas tuntutan pengangguran mingguan minggu lepas menurun sebanyak 9,000 kepada 211,000, iaitu paras terendah dalam lapan bulan.
JS-SEZ: Kerjasama untungkan negara, rakyat Malaysia-Singapura
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan dimeterai seiring Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 yang akan bermula hari ini. Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dijadual tiba di Malaysia hari ini di mana pemukiman itu dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
EPL: Manchester United curi satu mata berharga dari Anfield
The Red Devils menghasilkan jaringan pembukaan pada minit ke-52 menerusi rembatan kencang Lisandro Martinez.
Asrama perempuan Maahad Tahfiz An Nur, Merbok terbakar
Kebakaran itu menyebabkan kemusnahan 80 peratus, namun, tiada mangsa dilaporkan berada dalam Maahad Tahfiz berkenaan.
AWANI Pagi: Rancang kehamilan: Peranan lelaki atau perempuan?
Baru-baru ini platform X menyaksikan beberapa siri perdebatan susulan wujud percanggahan pendapat di antara sebahagian lelaki dan wanita berkenaan dengan perancangan kehamilan.
Ini kerana menerusi hantaran dikongsikan seorang individu di X, seorang lelaki mendedahkan kepada individu tersebut bahawa dirinya memilih untuk menjalani prosedur vasektomi selepas tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesan sampingan suntikan perancang keluarga.
Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menurutnya, prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan dalam Islam.
Ini kerana menerusi hantaran dikongsikan seorang individu di X, seorang lelaki mendedahkan kepada individu tersebut bahawa dirinya memilih untuk menjalani prosedur vasektomi selepas tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesan sampingan suntikan perancang keluarga.
Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menurutnya, prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan dalam Islam.
Premis sarapan pagi hadapan Istana Kehakiman dipenuhi pengunjung
Peniaga menerima jumlah pelanggan luar biasa pada hari ini.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.