BEIJING: China dan Malaysia mencapai konsensus penting tentang pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia sekali gus merangka cetak biru bagi perkembangan hubungan kedua-dua negara pada era baharu.
Demikian kata Perdana Menteri China, Li Qiang semasa bertemu dengan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan rasmi di China, pada Sabtu.
Beliau berkata kedua-dua pihak harus berpegang kepada konsensus tersebut dan mendorong kerjasama kedua-dua negara berkembang ke arah lebih bermutu tinggi.
"Di samping itu, kita harus meningkatkan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara serta menyumbang kepada keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau, bahkan dunia," kata Li.
Menurut beliau, China dan Malaysia sebagai negara membangun dan pasaran baru muncul perlu memanfaatkan kelebihan masing-masing untuk memperkasakan kerjasama dua hala pada fasa seterusnya, meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dan meningkatkan tahap keterbukaan demi mendorong pembangunan bersama.
"China mengalu-alukan Malaysia untuk terlibat lebih mendalam dalam rantaian perindustrian, bekalan, data dan modal insan di negara ini, mempergiat kerjasama dalam sektor baharu, serta mendorong penaiktarafan kerjasama kedua-dua pihak ke arah inovatif, cerdas, digital dan hijau.
"China bersedia meningkatkan pengimportan produk berkualiti tinggi dan istimewa dari Malaysia, mengintensifkan kerjasama pertanian, merapatkan persahabatan dan rasa saling percaya, serta mempergiat kerjasama dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan pelancongan" kata Li.
Beliau berkata China bersedia berganding bahu dengan negara-negara ASEAN termasuk Malaysia untuk mempercepat rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan, bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan di rantau ini.
Sementara itu, Anwar berkata China merupakan sahabat akrab bagi Malaysia dan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia komited untuk meningkatkan hubungan persahabatan dengan China.
Beliau berkata pihaknya menyokong dasar Satu China, Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) anjuran China.
Anwar berkata Malaysia turut bersedia merancakkan kerjasama dengan China di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan mengintensifkan kerjasama kedua-dua negara dalam sektor automobil, tenaga, kebudayaan dan pelancongan, pertanian dan ekonomi digital serta meningkatkan pertukaran individu.
Selepas rundingan itu, kedua-dua pemimpin turut menyaksikan majlis menandatangani beberapa dokumen kerjasama dua hala termasuk dalam bidang ekonomi, perdagangan, pertanian dan kastam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
Kedua-dua pihak harus berpegang kepada konsensus dan mendorong kerjasama kedua-dua negara berkembang ke arah lebih bermutu tinggi.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
India kekal negara paling ramai penduduk abad ini - PBB
India dijangka kekal sebagai negara paling ramai penduduk di dunia dan berdepan tekanan ekonomi dan alam sekitar.
Ukraine boleh bergantung kepada NATO untuk jangka panjang - Ketua NATO
Ketua NATO itu berkata, pihaknya bersetuju bahawa sokongan China dalam konflik ini akan memberi kesan kepada kepentingan dan reputasinya.
Xiaohongshu dinilai US$17 bilion, platform sosial China paling pantas berkembang
Ia menawarkan bentuk paparan grid dan mengabungkan perkongsian gambar dan video.
Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China
Jumlah penerbangan mingguan dari China ke Kuala Lumpur mencecah 438 penerbangan dan dijangka terus meningkat tahun ini, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia P. Manoharan.
Xi Jinping seru SCO berwaspada terhadap ancaman berbaur Perang Dingin
Presiden China, Xi Jinping menyeru negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) berwaspada terhadap ancaman yang berbaur Perang Dingin.
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
OpenAI bakal tinggalkan China, syarikat AI lain mungkin menyusul
OpenAI mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa mereka akan meninggalkan pasaran China pada 9 Julai ini.
Aplikasi SuperApp untuk rujukan pemaju hartanah dan pembeli menjelang tahun depan - KPKT
Aplikasi SuperApp menyediakan berbagai layanan dalam satu platform, dijangka dilancarkan tahun depan.
China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan
China dan Filipina mengadakan mesyuarat kesembilan berhubung Mekanisme Perundingan Dua Hala (BCM) di Laut China Selatan.
BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final
Impian skuad negara untuk pertama kali mara ke final Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 lebur apabila tewas 1-3 kepada China.