Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka tidak akan mensia-siakan hubungan sedia ada dengan Astro Malaysia Holdings Berhad berkenaan pelan untuk menyiarkan perlawanan secara langsung kepada peminat.
Menurut laporan kajian "Much Ado About Premflix" terbitan CGS-CIMB Securities, ini terutama selepas aktiviti cetak rompak kandungan yang melemahkan pertumbuhan pasaran penstriman di Malaysia.
Tambah CGS-CIMB Securities dalam kenyataan pada Rabu, pengurusan EPL turut mengakui ia kurang arif tentang pasaran tempatan berbanding rakan penyiar seperti Astro.
Sebelum ini, Pengarah Eksekutif EPL, Bill Bush menjelaskan ia masih lagi menggemari perjanjian penyiaran berbanding dengan model penstriman terus kepada pengguna.
Menurut penulis, Kamarul Anwar dan Mohd Shahnaz Noor Azam, yang menggunakan analisis dalaman, pada 2019, hanya dua peratus daripada warga Malaysia yang membayar untuk perkhidmatan langganan video-on-demand (SVOD).
Ini biarpun dengan dengan 24 perkhidmatan SVOD yang wujud dalam pasaran.
CGS-CIMB Securities mengekalkan saranan 'tambah' ke atas saham Astro Malaysia Holdings Berhad dan menggesa pelabur supaya tidak mempedulikan 'suasana' (noise) berkenaan penstriman.
Ia turut percaya, syarikat media besar akan terus bekerjasama dengan Astro.
Ini terutama ketika Astro meningkatkan perbincangan dengan syarikat media global yang ingin memasuki pasaran Malaysia.
Tambahnya, pemain SVOD sedia ada mungkin tidak akan mempunyai banyak IP pada masa akan datang dan kandungan popular ini akan dimiliki Astro.
Ini tambahnya, dijangka mampu menarik dua peratus warga Malaysia yang membayar SVOD untuk melanggan Astro.
Namun, CGS-CIMB Securities percaya, jika EPL meneruskan pelan tersebut, ia akan masih lagi memerlukan pengalaman dan kerjasama Astro untuk mengemudi pasaran media Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif EPL, Richard Masters pada awal Februari, melaporkan pelan untuk memasuki pasaran penyiaran terus kepada pelanggan menerusi apa yang digelar peminat sebagai 'Premflix'.
Namun, tiada perincian atau tarikh diberikan untuk pelaksanaan pelan berkenaan.
Rizal Zulkapli
Thu Feb 20 2020

CGS-CIMB Securities mengekalkan saranan 'tambah' ke atas saham Astro Malaysia Holdings Berhad dan menggesa pelabur supaya tidak mempedulikan 'suasana' (noise) berkenaan penstriman.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

CGS-CIMB saran 'tambah' saham Astro, EPL dijangka kekal hubungan dengan Astro
Menurut laporan kajian "Much Ado About Premflix" terbitan CGS-CIMB Securities, ini terutama selepas aktiviti cetak rompak kandungan yang melemahkan pertumbuhan pasaran penstriman di Malaysia.