Cadangan untuk melancarkan pakej rangsangan adalah bagi memastikan kemapanan pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Tegas beliau, cadangan pelancaran pakej rangsangan tersebut bukan bermakna Malaysia berdepan dengan risiko kemelesetan ekonomi.
Guan Eng berkata pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada pemegang-pemegang taruh terutamanya daripada sektor yang terjejas dalam penyediaan pakej rangsangan berkenaan.
“Kami akan membuat pengumuman dalam masa terdekat mengenai pelancaran pakej rangsangan.
“Saya perlu membentangkan kertas cadangan pakej rangsangan ekonomi kepada Kabinet terlebih dahulu.
“Tolong bersabar. Kami akan umumkan segala butiran lanjut,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembiayaan projek yang baharu bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pada Khamis.
BACA: Koronavirus: Pakej rangsangan ekonomi dipertimbang; tumpu kesejahteraan rakyat
Kerajaan sedang menimbangkan cadangan melaksanakan pakej rangsangan bagi menghadpi kesan penularan wabak koronovirus baharu (2019-nCoV) yang kini melibatkan 14 kes yang dikesan positif di Malaysia.
Isabelle Leong
Thu Feb 06 2020
Menteri Kewangan Lim Guan Eng (dua, kiri) bersama Menteri Kerja Raya Baru Bian ketika sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Project Funding Agreement Yang Baharu Bagi Projek Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak. - Foto BERNAMA
UFC 307: Pereira tiada tandingan, pertahan gelaran kali ketiga
Alex Pereira, membuktikan kemampuannya berada dalam kelas tersendiri selepas menewaskan pencabar, Khalil Rountree Jr dalam saingan UFC 307.
Kerajaan setuju latihan Bahasa Cina, Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan - PM Anwar
Kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan Bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada Bahasa Kebangsaan.
Kapal Tentera Laut New Zealand terbakar sebelum tenggelam di Samoa
Sebuah kapal Tentera Laut New Zealand dilaporkan terbakar sebelum tenggelam di luar pantai Samoa pada pagi Ahad.
Kumpulan fokus tumpu enam bidang tambah baik CPI Malaysia - Azam Baki
Kumpulan fokus yang baru ditubuhkan bakal memberikan tumpuan kepada enam bidang bagi menambah baik Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia.
Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.
VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Malaysia kembali normal - Loke
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Linkedua kembali normal susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Elon Musk sertai kempen Trump di Butler
Calon presiden Parti Republikan Donald Trump pada Sabtu membawa bilionair teknologi Elon Musk ke pentas kempen pilihan raya ketika bekas presiden itu kembali ke Butler.
AWANI Ringkas: Lebih RM260 juta Projek Tebatan Banjir Sibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia
Shila memberitahu itu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.
Cadangan pakej rangsangan bagi memastikan kemapanan pertumbuhan ekonomi
Cadangan untuk melancarkan pakej rangsangan adalah bagi memastikan kemapanan pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.