KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melancarkan jalinan pembayaran kod QR rentas sempadan antara Malaysia dengan Singapura, pada Jumaat.
Menurut BNM jalinan pembayaran ini akan membolehkan pelanggan institusi kewangan yang mengambil bahagian membuat pembayaran runcit dengan mengimbas kod QR DuitNow dan NETS2.
"Jalinan pembayaran kod QR DuitNow-NETS merupakan pencapaian penting dalam kerjasama berterusan antara Malaysia dengan Singapura untuk meningkatkan hubungan pembayaran rentas sempadan," jelas BNM dalam kenyataan.
Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pencapaian ini merupakan satu langkah ke hadapan yang penting dalam merealisasikan visi rangkaian sistem pembayaran runcit Asean yang pantas, cekap dan saling berhubung kait.
"Jalinan pembayaran QR antara Malaysia dengan Singapura akan memberikan manfaat kepada berjuta-juta pengguna yang berulang-alik menggunakan Tambak Johor serta pelawat yang mempunyai urusan perniagaan dan percutian.
"Jalinan ini juga akan merangsang perniagaan runcit di kedua-dua negara. Kami akan terus bekerjasama rapat dengan rakan usaha sama kami untuk mempercepat agenda pendigitalan ke arah penyepaduan ekonomi dan kewangan serantau yang lebih mantap," katanya dalam kenyataan yang sama.
Menurut BNM inisiatif ini menunjukkan komitmen kedua-dua negara untuk menurunkan kos serta meningkatkan kelajuan, akses dan ketelusan pembayaran rentas sempadan, sejajar dengan Inisiatif Kesalinghubungan Pembayaran Asean dan Pelan Hala Tuju G20 untuk Menambah Baik Pembayaran Rentas Sempadan.
Berdasarkan purata trafik tahunan sebelum pandemik sebanyak 12 juta pelawat antara kedua-dua negara justeru, jalinan pembayaran ini akan memberikan peniaga dan pengguna suatu cara untuk membuat dan menerima bayaran dengan lebih lancar dan cekap, tambah BNM.
BNM memaklumkan jalinan ini akan menyokong pembayaran secara bersemuka oleh pengguna melalui pengimbasan kod QR fizikal yang dipaparkan oleh peniaga serta transaksi e-dagang rentas sempadan secara dalam talian.
Jalinan pembayaran kod QR rentas sempadan ini direalisasikan melalui kerjasama pelbagai peserta industri dari kedua-dua negara, termasuk Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Network for Electronic Transfers (Singapore) Pte Ltd (NETS), Persatuan Bank-bank di Singapura serta institusi kewangan yang mengambil bahagian dari kedua-dua negara.
BNM menambah bagi fasa seterusnya, pihaknya dan MAS merancang untuk mengembangkan jalinan pembayaran ini dengan membolehkan pemindahan dana dan kiriman wang dari akaun ke akaun secara rentas sempadan.
"Hal ini akan membolehkan pengguna membuat pemindahan dana dalam masa nyata antara Malaysia dengan Singapura hanya menerusi nombor telefon mudah alih penerima melalui DuitNow dan PayNow.
"Perkhidmatan ini dijangka tersedia pada akhir 2023," menurut BNM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023
Nor Shamsiah berkata pencapaian ini merupakan satu langkah ke hadapan yang penting dalam merealisasikan visi rangkaian sistem pembayaran runcit Asean yang pantas, cekap dan saling berhubung kait. - Gambar fail
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Belanjawan negara fokus reformasi struktur, pelaburan untuk kesejahteraan rakyat - MKII
Belanjawan negara bukanlah sekadar alat untuk menggembirakan rakyat atau menarik pelabur, tetapi sebagai mekanisme penting untuk mengutamakan keperluan ekonomi negara.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada AS$116.8 bilion (AS$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$116.8 bilion setakat 30 Ogos 2024
Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Penganalisis jangka OPR kekal 3.0 peratus bagi tahun ini
CIMB Investment Bank Bhd (CIMB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 3.00 peratus sehingga akhir 2025.
Firma penyelidikan jangka BNM kekalkan OPR 3.0 peratus
Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat minggu ini.
Ringgit menambah nilai 2.5 peratus berbanding dolar AS pada Julai 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar AS pada Julai 2024 selaras dengan kebanyakan mata wang serantau.