KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menganggarkan sasaran perbelanjaan pembangunan (DE) dalam Bajet 2022 adalah antara RM60 bilion dan RM65 bilion dan mungkin melibatkan pelaksanaan DE yang belum digunakan pada 2021.
Menurut nota penyelidikan CGS-CIMB, berdasarkan pandangan REHDA, keutamaan dalam Bajet 2022 adalah pelaksanaan rancangan yang jelas berkaitan DE berjumlah RM400 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) berikutan keseluruhan kontraktor dan pembekal industri rel akan dihadkan melibatkan status projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3), yang tiada dalam RMK12.
“Kebaikan jangka pendeknya ialah apabila sekatan pergerakan ditamatkan, sektor pembinaan termasuk kontraktor dan bahagian pembangunan hartanah mendapat manfaat dengan serta-merta daripada kestabilan rantaian bekalan domestik industri pada suku keempat 2021,” menurut firma penyelidikan itu.
Senada dengan REHDA, CGS-CIMB berkata prospek penambahan semula sektor pekerjaan dijangka semakin baik secara beransur-ansur pada suku keempat 2021 dan separuh pertama tahun depan.
Bagaimanapun, katanya pelaksanaan kontrak mega baharu berskala besar mungkin memerlukan sedikit masa untuk bermula berikutan pembiayaan yang terhad.
“REHDA mengulangi pandangannya bahawa ia optimis namun berhati-hati terhadap projek MRT3, yang mana sekiranya dimulakan pada awal 2022, ia amat memberi kelegaan kepada kontraktor dan pembekal rel selain menyediakan pemangkin pembangunan di sepanjang jajaran itu,” katanya.
Oleh itu, firma penyelidikan itu menyaksikan potensi yang lebih cerah bagi sektor berkenaan pada suku keempat 2021 yang bergantung kepada Bajet 2022.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed baru-baru ini berkata kerajaan sedang mencari alternatif dan cadangan untuk menggantikan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur (KL)-Singapura dengan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) domestik antara KL dan Iskandar Puteri, dan KL ke wilayah utara negara dan Bangkok, Thailand.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Oct 20 2021

REHDA menganggarkan sasaran perbelanjaan pembangunan (DE) dalam Bajet 2022 adalah antara RM60 bilion dan RM65 bilion dan mungkin melibatkan pelaksanaan DE yang belum digunakan pada 2021. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Rabu – 26 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Aidilfitri: Lebih 700 anggota polis Selangor bertugas pastikan kelancaran trafik
49 kereta peronda polis dan 87 anggota unit rondaan bermotosikal akan menjalankan rondaan di 18 lokasi dijangka mengalami kesesakan teruk.

Pengurus syarikat rugi RM2.08 juta, terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat mengalami kerugian RM2.08 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook.

Aidilfitri: 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang
Sebanyak 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri minggu depan.

WHO konsisten jana impak sosial cegah dan rawat penyakit TB - Peng
Pencapaian yang ketara boleh disaksikan dalam pencegahan penyakit tuberkulosis (TB) di peringkat global hasil usaha berterusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan masyarakat antarabangsa.

Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam tempoh 12 hari
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 3 Mac lepas, menyaksikan 10 Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan.

Ancaman siber KLIA: Siasatan menyeluruh dimulakan, operasi tidak terjejas
Malaysia Airports memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa mengekalkan operasi lapangan terbang tetap keutamaan mereka.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka berdaya tahan pada 2025 - RHB IB
RHB IB kekal optimis mengenai landskap ekonomi dan mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 5.0 peratus untuk 2025.
AWANI 7:45 [25/3/2025] – Selesai cara harmoni | Ketegasan kerajaan | Pengawasan sempadan berisiko tinggi | RM200,000 kutipan tabung Aidilfitiri KDA FC
Harga tembikai di Terengganu jatuh mendadak daripada RM2.40 sekilogram kepada sekitar 40 ke 50 sen sekilogram susulan lambakan tembikai sepanjang Ramadan ini.

Dewan Negara lulus RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 yang bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.

Pindaan Akta Pemajuan Perumahan dijangka dibentang di Parlimen tahun depan - Nga
KPKT sedang giat melakukan libat urus dengan pemegang taruh bagi memastikan pindaan itu akan memberi keadilan kepada semua pihak termasuk pembeli hartanah.

Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.

Penjawat awam lebih banyak peluang beli rumah sejajar dengan kenaikan gaji - Rehda
Rehda percaya bahawa kenaikan gaji penjawat awam boleh membawa kepada lebih banyak peluang untuk kumpulan itu membeli hartanah.

REHDA, MBAM positif terhadap tawaran simen mampu milik kerajaan
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) mendapat galakan daripada langkah kerajaan untuk menurunkan harga simen bagi pemaju membina rumah mampu milik yang berharga RM300,000 ke bawah.

Kenaikan OPR bakal mempengaruhi pembeli rumah dari kumpulan M40
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.50 peratus dilihat berkemungkinan akan mempengaruhi orang ramai untuk membeli rumah.

Melaka kekalkan harga rumah paling rendah di Malaysia
Melaka masih mengekalkan harga rumah paling rendah di negara ini dengan indeks harga purata RM181,203 seunit pada suku pertama tahun 2022 berbanding negeri-negeri lain.

Bajet 2022: REHDA anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion
Firma penyelidikan itu menyaksikan potensi yang lebih cerah bagi sektor berkenaan pada suku keempat 2021 yang bergantung kepada Bajet 2022.

Hartanah: Pemulihan ekonomi konsisten, pacu sentimen pembelian - REHDA
Program vaksinasi COVID-19 global akan memulihkan unjuran ekonomi negara yang akan turut memberi kesan kepada sektor hartanah tempatan.

Jualan hartanah meningkat: Ini fakta yang perlu anda tahu
Prestasi penjualan hartanah meningkat daripada 43 peratus pada separuh kedua 2019 kepada 45 peratus pada tempoh sama tahun lalu.