IPOH: Pindaan terhadap Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) bagi melaksanakan tindakan lebih tegas kepada pemaju yang terlibat dengan penipuan projek perumahan dan projek terbengkalai dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.
Menteri Perumahan dan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pada masa ini kementeriannya sedang giat melakukan libat urus dengan pemegang taruh bagi memastikan pindaan itu nanti akan memberi keadilan kepada semua pihak termasuk pembeli hartanah.
"Kita akan dengar dari semua pihak, termasuk REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia), persatuan pembeli rumah sebelum buat apa-apa keputusan...pindaan bakal kita bentang pada 2025," katanya pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dan Jabatan Perumahan Negara di sini hari ini.
MoU berkenaan bertujuan untuk menyelamat dan memulih projek perumahan sakit dan terbengkalai di Perak.
Terdahulu Nga dilaporkan berkata melalui pindaan itu kelak pemaju yang terlibat dalam kes penipuan atau projek terbengkalai akan didakwa dan dikenakan hukuman penjara tiga tahun, denda RM250,000 hingga RM500,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sementara itu Nga berkata KPKT berjaya menyelamatkan 663 projek sakit dan terbengkalai termasuk menyelamatkan lebih 64,000 pembeli rumah dalam tempoh kurang dua tahun.
Katanya, penyediaan dana khas jaminan kerajaan sebanyak RM1 bilion juga diyakini akan dapat menyelamatkan lebih banyak projek sakit dan memberi kelegaan kepada lebih ramai pembeli yang terlibat dengan projek perumahan terbengkalai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Nga Kor Ming berkata kementeriannya sedang giat melakukan libat urus dengan pemegang taruh bagi memastikan pindaan itu nanti akan memberi keadilan kepada semua pihak termasuk pembeli hartanah. -Gambar fail/Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak mengancam hak kaum, B40 - Nga
Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak akan meminggirkan, mengancam atau merampas hak golongan tertentu berdasarkan kaum atau pendapatan khususnya golongan B40.

Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.

RM15 juta naik taraf Pasar Besar Ipoh jadi tarikan pelancong, moden - Nga
Peruntukan berkenaan adalah di bawah projek naik taraf pasar warisan berusia lebih 50 tahun yang antara keutamaan kementerian.

RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga
KPKT menyeru penduduk Kampung Baru Cina yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru yang masih mempunyai lebihan.

Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.

Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.

Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.

PBT digesa percepat warta tanah lapang awam, elak salah guna - Nga
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa mempercepat proses pewartaan tanah lapang awam di kawasan masing-masing bagi mengelakkan ia disalah guna oleh mana-mana pihak.