IPOH: Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata unjuran itu dibuat berasaskan kepada pelbagai projek pembangunan seperti Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC), Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) serta pembukaan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP).
"Apabila negeri dibangunkan dengan pelbagai projek pembangunan dan ada peluang pekerjaan bermakna ada keperluan untuk menyediakan unit rumah itu meliputi rumah kos rendah, kos sederhana dan mampu milik," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bangunan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Perak di Taman Istana, di sini hari ini.
Saarani berkata Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) serta Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah diberi tanggungjawab sebagai agensi utama negeri yang menerajui agenda menyediakan perumahan mampu milik.
Sementara itu, beliau berkata cadangan supaya Dasar Perumahan Negeri Perak 2018-2025 dikaji semula dengan penekanan kepada pembinaan rumah berharga RM200,000 dan ke bawah, perlu mengambil kira pelbagai faktor antaranya peningkatan kos bahan binaan seperti besi yang perlu diimport.
Saarani berkata pemain industri binaan juga mesti dilayan dengan adil khususnya apabila mereka perlu membeli bahan binaan dengan harga mahal, namun perlu menjual rumah pada harga tertentu.
"Saya rasa ini bukan sahaja berlaku di Perak, malah seluruh negara, tentang keperluan untuk pemain industri binaan ini membeli barang binaan daripada negara luar dengan cukai yang tinggi. Jadi kalau dapat kita kawal (kadar) cukai import itu mungkin kita boleh mengurangkan kenaikan harga rumah," katanya.
Selain itu, Pengerusi REHDA Perak Raymond Chan dalam ucapannya berkata laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan jumlah transaksi hartanah di Perak sepanjang tahun lepas ialah 44,468 unit bernilai RM11.319 bilion.
Beliau berkata jumlah itu mengalami penurunan sebanyak 1.4 peratus berbanding 47,867 unit bernilai RM11.484 bilion pada 2022.
Menurutnya laporan NAPIC juga mendapati bahawa sepanjang 2023, sejumlah 4,598 unit kediaman telah siap dibina tetapi tidak terjual atau 'overhang'.
"Perak mencatatkan 'overhang' yang tertinggi dengan peratusan sebanyak 17.8 peratus daripada jumlah 25,816 unit di seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) serta Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah diberi tanggungjawab sebagai agensi utama negeri yang menerajui agenda menyediakan perumahan mampu milik. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Jabatan Kesihatan Perak siasat kes individu langgar arahan kuarantin
Sehubungan itu, katanya, pihak JKN Perak telah mengambil tindakan serta merta untuk menyiasat perkara itu.