KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) percaya bahawa kenaikan gaji penjawat awam pada Disember ini boleh membawa kepada lebih banyak peluang untuk kumpulan itu membeli hartanah.
Presidennya, Datuk NK Tong berkata walaupun kenaikan kos sara hidup dan bahan binaan terus menjejaskan kemampuan orang ramai dan pemaju, berita mengenai kenaikan gaji penjawat awam dapat memberikan sedikit kelegaan.
"Bagi pekerja yang mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), walaupun terdapat kebimbangan mengenai penstrukturan semula akaun pencarum, apabila Akaun 1 telah dinaikkan kepada 75 peratus, mereka masih mempunyai sehingga 25 peratus daripada simpanan mereka untuk digunakan membeli rumah idaman mereka, dalam Akaun 2 dan 3 mereka," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata walaupun cadangan kenaikan gaji itu mungkin tidak dapat mengurangkan isu rumah tidak mampu dibeli di Malaysia dengan segera, Rehda berharap langkah itu akan memberi impak positif yang berterusan kepada industri dan negara dalam jangka masa panjang.
Ditanya bagaimana pemaju akan menguruskan kos binaan yang meningkat, katanya ia terpulang kepada pemaju untuk menjadi inovatif.
"Mereka boleh terus menurunkan margin mereka untuk menyerap kos tersebut yang meningkat dengan ketara beberapa tahun ini.
"Selain itu, kos juga boleh dicerminkan daripada yang dipindahkan kepada pengguna yang akan membawa kepada kenaikan harga. Cara lain adalah dengan menggantikan bahan dengan kualiti dan ketahanan yang sama. Ini mungkin disebabkan ringgit yang rendah.
"Oleh itu, terpulang kepada pemaju untuk menjadi inovatif," katanya.
Beliau berkata kos pematuhan adalah satu lagi isu berterusan yang termasuk kelewatan untuk kelulusan.
Kos pematuhan termasuklah masa dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pemaju untuk mematuhi dasar, perundangan dan peraturan kerajaan yang meningkatkan kos menjalankan perniagaan.
Tong menjelaskan dengan peningkatan kos tenaga yang tidak dapat dielakkan di peringkat global, yang merupakan input utama kepada bahan binaan, kos pematuhan sekurang-kurangnya perlu dikurangkan, tanpa menjejaskan peraturan dan undang-undang.
PEMAJU TIDAK BOLEH KECEWAKAN PELANGGAN
Mengulas mengenai isu pembeli tidak berpuas hati dengan hartanah yang baru dibeli berikutan bahan dan mutu kerja yang tidak berkualiti, Tong berkata pembeli mungkin boleh menghadapi situasi tersebut.
"Jika kami (pemaju) mahu menjalankan perniagaan dalam jangka masa panjang, kami tidak boleh mengecewakan pelanggan. Pembeli mempunyai hak untuk membawa penjual ke mahkamah untuk mendapatkan ganti rugi jika mereka telah dianiaya.
"Mereka perlu lebih bijak dan teliti dalam memilih untuk membeli hartanah.
"Pembeli juga perlu mempertimbangkan pasaran sekunder (unit yang sebelumnya dimiliki atau bangunan yang sudah ada) kerana apa yang mereka lihat adalah apa yang mereka dapat," katanya.
Kira-kira 85 peratus daripada urus niaga setiap tahun adalah dalam pasaran sekunder, katanya.
IBS MASIH BUKAN PILIHAN UTAMA UNTUK PROJEK SWASTA
Sementara itu, walaupun negara menghadapi masalah untuk melatih kumpulan pekerja asing baharu dalam industri selepas pandemik COVID-19, sistem binaan berindustri (IBS) tidak cukup menarik untuk pemaju.
Tong berkata ini kerana Malaysia masih tidak mempunyai ekonomi skala untuk melaksanakan sistem itu.
"IBS akan meningkatkan kualiti dan baik untuk diguna pakai tetapi ia akan menjadi lebih mahal buat masa ini kerana kita perlu menyelaraskan dan menambah pengeluaran.
"Mungkin projek kerajaan paling sesuai untuk IBS berikutan mereka telah melaksanakan ribuan unit.
Sebagai contoh, Projek Perumahan Rakyat, mengandaikan mereka mempunyai reka bentuk standard," katanya.
Bagaimanapun, katanya penggunaan IBS yang tidak mencukupi untuk menampung jumlah pengeluaran yang rendah akan menyebabkan kenaikan harga.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024

Walaupun kenaikan kos sara hidup dan bahan binaan terus menjejaskan kemampuan orang ramai dan pemaju, berita mengenai kenaikan gaji penjawat awam dapat memberikan sedikit kelegaan. - Gambar hiasan/Bernama

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Penjawat awam lebih banyak peluang beli rumah sejajar dengan kenaikan gaji - Rehda
Rehda percaya bahawa kenaikan gaji penjawat awam boleh membawa kepada lebih banyak peluang untuk kumpulan itu membeli hartanah.

Peningkatan kos bahan bina jejas harga hartanah - Rehda
Harga hartanah Malaysia dijangka terus naik secara ketara bagi separuh pertama 2024 berikutan peningkatan kos bahan binaan.