PETALING JAYA: Harga hartanah Malaysia dijangka terus naik secara ketara bagi separuh pertama 2024 berikutan peningkatan kos bahan binaan, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).
Presiden Rehda Datuk Nk Tong ketika mengulas mengenai Tinjauan Industri Hartanah Rehda separuh kedua 2023 dan Unjuran Pasaran 2024 berkata harga bahan binaan terus meningkat selepas pemaju melaporkan lebih 10 peratus kenaikan tahunan dalam harga purata bagi pasir dan konkrit menjelang akhir Disember 2023.
"Ini bermakna kos pembinaan dijangka menokok sebanyak purata 15 peratus pada separuh pertama 2024," katanya dalam taklimat media hari ini.
Tong menjelaskan lagi, 91 peratus daripada responden kaji selidik berpendapat 2023 menyaksikan harga bahan binaan mula memuncak berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Akhirnya, kenaikan bahan binaan bermakna kos pembinaan akan menjadi mahal.
"Kami berharap isu ini akan dapat ditangani dengan berkesan dan semua pemain industri akan memainkan peranan mereka bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terbeban dengan kenaikan itu," katanya.
Sementara itu, Tong berkata peserta pasaran hartanah kekal neutral terhadap prospek perniagaan serta industri hartanah untuk separuh pertama 2024 tetapi lebih optimistik tentang pasaran pada separuh kedua 2024.
"Ini boleh difahami dengan mengambil kira cabaran industri tetapi keyakinan yang lebih tinggi untuk separuh kedua tahun ini menunjukkan bahawa responden dan pemaju pada umumnya masih yakin bahawa pasaran akan bertambah baik," tambahnya lagi.
Tong ketika mengulas mengenai cadangan Akta Pembangunan Semula Bandar, menempelak dakwaan bahawa ianya akan membolehkan pemaju merampas tanah untuk mendapatkan keuntungan adalah sesuatu yang salah sama sekali.
Beliau berkata sebagai pemaju yang bertanggungjawab, ahli Rehda mempunyai banyak opsyen untuk memperoleh tanah pembangunan di tempat lain, yang boleh dibangunkan dengan mudah berbanding dengan membangunkan semula bangunan sedia ada.
"Bagaimanapun, sebagai inisiatif strategik, Rehda Malaysia memuji Kementerian Perumahan dan wawasan Kerajaan Tempatan, melalui Menteri, untuk terus meningkatkan fabrik perbandaran bagi memastikan mereka kekal berdaya saing dan menarik di seluruh dunia untuk manfaat rakyat.
"Kami sedang menunggu lebih banyak butiran khusus untuk akhirnya, melibatkan KPKT tetapi kami percaya mereka juga telah mengkaji dengan teliti model yang sama di rantau ini yang telah beroperasi dengan baik selama beberapa dekad," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024

Harga bahan binaan terus meningkat selepas pemaju melaporkan lebih 10 peratus kenaikan tahunan dalam harga purata bagi pasir dan konkrit menjelang akhir Disember 2023. - Gambar hiasan/Freeimages

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Peningkatan kos bahan bina jejas harga hartanah - Rehda
Harga hartanah Malaysia dijangka terus naik secara ketara bagi separuh pertama 2024 berikutan peningkatan kos bahan binaan.