KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) terus menerima peruntukan terbesar berjumlah RM52.6 bilion atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bagi tahun 2022, kerajaan bersetuju menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, meningkat berbanding RM100 sebelum ini bagi membantu ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.
Beliau berkata sejumlah RM450 juta diperuntukkan bagi tujuan itu yang dijangka memanfaat tiga juta murid yang layak.
"Tidak ada yang lebih menggembirakan buat anak-anak apabila dapat kembali semula ke sekolah secara bersemuka bersama rakan. Setiap awal tahun, tentunya ibu bapalah yang paling sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Tengku Zafrul berkata sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid semasa pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR), kerajaan buat kali pertama menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru di bawah KPM.
Beliau berkata sejumlah RM1 bilion pula disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah termasuk RM140 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyelenggara antaranya sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar iaitu meningkat berbanding RM100 juta yang diperuntukkan pada tahun ini.
BACA: Bajet 2022: Kerajaan bentang belanjawan berjumlah RM332.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
"Peruntukan penyelenggaraan kepada lebih 10,000 sekolah di bawah KPM akan diagihkan mengikut jenis sekolah berdasarkan kadar yang seragam," katanya.
Katanya, RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil bagi tahun 2022.
Di samping itu, kerajaan akan terus menaik taraf sekolah-sekolah daif dengan peruntukan dinaikkan kepada RM746 juta pada tahun hadapan dengan sebilangan besar peruntukan adalah untuk 112 projek di Sabah dan 165 projek di Sarawak.
Bagi memperkasa agenda pendidikan khas, kerajaan menyediakan RM50 juta antaranya untuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas selain lapan blok baharu dibina termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen di Perlis dan SMK Agama Alor Gajah, Melaka.
Selain itu, RM400 juta diperuntukkan bagi penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan sebahagian perolehan akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021
Tengku Zafrul berkata bagi tahun 2022, kerajaan bersetuju menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, meningkat berbanding RM100 sebelum ini bagi membantu ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak. - Gambar fail
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
KPM komited tambah baik akses pendidikan sekolah di kawasan pesisir
KPM mengambil langkah proaktif dengan turun padang di sekolah-sekolah di kawasan pesisir bagi melihat sendiri akses pendidikan.
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
Kerjasama silang kementerian bagi perkasa Kolej Tingkatan Enam - Fadhlina
Kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi giat berjalan bagi memastikan inisiatif memperkasakan Kolej Tingkatan Enam dapat direalisasikan.
KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM
Fadhlina Sidek berkata program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Kompetensi digital guru pada tahap tinggi - KPM
Sebanyak 74.73 peratus atau 269,301 pendidik berada di tahap pertengahan setakat tempoh sama.
Daurah Hadis 40 Imam Nawawi, iltizam KPM untuk tingkatkan penghayatan guru
Penganjuran Daurah Hadis 40 Imam Nawawi merupakan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Mufti Negeri Perlis.
KPM perincikan cadangan sediakan elaun kos sara hidup tingkatan enam
Langkah itu antara usaha penjenamaan semula pendidikan tingkatan enam di negara ini, selain memastikan kualiti pendidikan itu diperluas dan dipertingkatkan.
KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah
KPM mengambil tindakan menyaring semula data PAJSK pelajar lepasan SPM 2023 yang tercicir markah.
Yayasan Jeffrey Cheah lancar program pendidikan pembangunan mampan, perkembang ke 30 sekolah
Bertujuan membangun kapasiti berkenaan ESD untuk guru di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan untuk pacu usaha capai matlamat SDG.
KPM jalan siasatan dalaman kejadian pelajar jatuh bangunan sekolah - Fadhlina
KPM juga menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui punca sebenar kejadian termasuk jika terdapat unsur buli.