KUALA LUMPUR: Kit asas kebersihan diri akan diagihkan secara percuma setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan itu akan disalurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKM) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia.

"Aspek kesihatan dan kebersihan diri remaja wanita amat penting dalam mengurangkan sebarang risiko kesihatan dan keciciran di sekolah.

"Dianggarkan 130,000 remaja wanita dari keluarga B40 di Malaysia tidak mendapat akses kepada produk kebersihan seperti tuala wanita atas sebab kekangan kewangan," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.


Bajet 2022: Pelbagai inisiatif perkasa, lindungi wanita

BACA SEMUA LAPORAN MENGENAI BAJET 2022 DI SINI


Dalam masa sama, Tengku Zafrul berkata, berhubung segmen kesihatan wanita pula, sejumlah lebih RM11 juta disediakan sebagai subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi dan melaksanakan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.