KUALA LUMPUR: Impak daripada Bajet 2022 ke atas pasaran pendapatan tetap hampir boleh diabaikan, memandangkan tiada kejutan besar dari segi keperluan pembiayaan hutang dan kedudukan fiskal negara, kata Manulife Investment Management (Manulife).
Dalam nota pelaburannya pada Jumaat, Manulife berkata strategi pendapatan tetap Malaysia mengekalkan portfolio defensif, dengan kedudukan jangka pendek bagi meminimumkan risiko pasaran.
"Kami masih memilih untuk melabur dalam bon korporat jangka pendek hingga sederhana untuk meningkatkan pulangan pendapatan bagi strategi kami," kata firma pelaburan itu.
Menurut nota itu, Manulife kekal sukar untuk meningkatkan nilai pasaran bon tempatan memandangkan latar belakang makro ialah salah satu persekitaran kadar yang meningkat dan kecairan global yang semakin meruncing.
"Kebimbangan terhadap tekanan inflasi tolak-kos akibat masalah tenaga dan gangguan bekalan juga membawa kepada hasil bon yang lebih tinggi.
"Secara pertembungannya, faktor-faktor ini menjejaskan prospek kami untuk bon tempatan walaupun penilaian lebih murah dan permintaan yang lebih konstruktif.
"Dalam jangka terdekat, pergerakan hasil berkemungkinan dipengaruhi oleh faktor serantau dan global, melebihi daripada faktor tempatan," katanya.
Di samping itu, Manulife berkata, di Malaysia, ia menjangkakan pembukaan semula ekonomi pada suku keempat 2021 (S4 2021) akan meningkatkan prospek pertumbuhan secara bermakna dan membolehkan Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman tidak berubah pada 1.75 peratus untuk selebihnya pada tahun ini.
"Peningkatan ekonomi yang dijangkakan itu juga seharusnya memberi petanda baik untuk pasaran kredit negara secara amnya," kata syarikat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021

Manulife berkata strategi pendapatan tetap Malaysia mengekalkan portfolio defensif, dengan kedudukan jangka pendek bagi meminimumkan risiko pasaran. - Gambar hiasan/BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.

Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.

Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.

Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.

Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.

Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.

Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.

Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.

Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).