KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksanakan lebih banyak langkah berstruktur untuk meningkatkan hasil jika mahu merealisasikan sasaran defisit fiskal yang ditetapkan dalam Bajet 2022.
Pakar Ekonomi Kanan Bank Dunia, Shakira Teh Sharifuddin memuji beberapa inisiatif cukai dalam belanjawan itu, termasuk cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penghantaran barang, namun perlu diingatkan bahawa jumlah keseluruhan yang dijana mungkin tidak mencukupi.
"'Cukai makmur' yang dicadangkan dikenakan sekali sahaja juga merupakan usaha yang baik tetapi langkah itu hanya boleh dilaksanakan pada 2022 sekali gus ia tidak memberi impak yang ketara bagi jangka panjang," katanya dalam program 'The Nation Post-Budget 2022' yang disiarkan Bernama TV pada Sabtu.
Beliau berkata langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
"Antara cabaran Bajet 2022 yang kami kenal pasti dari segi hasil kerajaan adalah ia diunjurkan kekal rendah, anggaran pada 14.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun depan," katanya.
Beliau berkata secara keseluruhannya, bajet tersebut memberi kesedaran lebih tinggi mengenai tempoh pemulihan secara berwaspada pada tahun depan, dengan sokongan kekal diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana, khususnya syarikat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 seperti sektor pelancongan.
Semasa membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan mengunjurkan defisit fiskal 2022 berkurangan kepada enam peratus daripada KDNK berbanding 6.5 peratus pada 2021.
Beliau juga berkata kerajaan bercadang memperkenalkan cukai khas secara sekali sahaja kepada syarikat yang menjana pendapatan tinggi.
"Dengan nama Cukai Makmur, syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24 peratus dan pendapatan bercukai selebihnya akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 33 peratus bagi tahun taksiran 2022," katanya.
Bajet 2022 bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera', yang dibentangkan kerajaan di Dewan Rakyat pada Jumaat, mendukung tiga paksi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.
Sebanyak RM332.1 bilion diperuntukkan tahun depan, dengan RM233.5 bilion daripada jumlah tersebut akan disalurkan sebagai perbelanjaan mengurus manakala RM75.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan bakinya RM23 bilion kepada Kumpulan Wang COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021

Shakira Teh memuji beberapa inisiatif cukai dalam belanjawan itu, termasuk cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penghantaran barang. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
![[KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah [KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733199958_rasuah.jpg)
[KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah
Malaysia telah menetapkan sasaran berani melalui Misi #25CPI, iaitu mencapai kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah menjelang 2033.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh prestasi negara serantau yang bertindak balas terhadap prospek ekonomi China yang positif, kata seorang peniaga.

Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.

Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.

Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.

Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.

DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia
Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.

Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia
Ekonomi Malaysia telah mengekalkan kekuatannya, hasil daripada gabungan pembaharuan domestik seperti rasionalisasi subsidi diesel dan rangsangan luar, menurut Bank Dunia.

Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.

Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.