Syarikat telekomunikasi serantau, Axiata Group Bhd, yakin sekutunya di India yang mengalami kerugian, Idea Cellular Ltd, akan kembali mencatatkan prestasi kewangan positif selepas perang sengit harga reda.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata industri telekomunikasi di India dijangka mengalami rasionalisasi selepas tempoh persaingan sengit yang didorong pesaing, Reliance Jio Infocomm Ltd.
"Sekiranya anda lihat selepas dua atau tiga tahun, kami yakin Reliance Jio akan lebih giat namun tidak ketara seperti hari ini kerana ia juga perlu menjana keuntungan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini, pada Rabu.
Pada Selasa, Axiata mengumumkan ia merekodkan kerugian bersih RM94.36 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2018 daripada keuntungan bersih RM262.03 juta pada suku sama tahun lepas sebahagiannya berikutan bahagian kerugian perniagaan lebih besar daripada Idea iaitu sebanyak RM124.3 juta.
Selepas menyaksikan banyak syarikat dalam kalangannya melaksanakan sama ada penamatan operasi atau penggabungan, Idea memutuskan untuk bergabung dengan Vodafone India bagi membentuk firma telekomunikasi terbesar India dari segi perolehan dan muncul sebagai antara yang terbesar di dunia.
Jamaludin berkata sinergi daripada penggabungan itu akan membolehkan entiti gabungan tersebut melabur lebih banyak dan menguntungkan dari segi kos.
Bagaimanapun, pegangan saham Axiata dalam Idea akan dikurangkan kepada lapan peratus daripada 16.3 peratus pada masa ini susulan penggabungan berkenaan.
Selain itu, beliau berkata, Axiata tidak merancang untuk keluar dari pasaran India memandangkan potensi negara itu yang mempunyai jumlah penduduk 1.2 bilion dengan perolehan industri telekomunikasi dianggarkan pada US$30 bilion (US$1 = RM3.98) setiap tahun.
"Dalam jangka sederhana dan panjang, India adalah pasaran yang agak menarik," katanya.
Reliance Jio, diterajui jutawan India Mukesh Ambani, membuat pelaburan besar-besaran dalam pelaksanaan perkhidmatan Evolusi Jangka Panjang 4G dari 2014 hingga 2016, sekali gus membolehkan syarikat itu menawarkan pakej sehingga 70 peratus lebih murah berbanding pesaingnya.
Jamaludin berkata syarikat melabur sejumlah US$33 bilion, bersamaan nilai pelaburan keseluruhan yang dibuat syarikat lain bagi tempoh dua dekad lepas di India dan dua kali ganda pelaburan oleh semua syarikat telekomunikasi di Malaysia bagi tiga dekad lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 23 2018

Idea, sekutu Axiata di India, memutuskan untuk bergabung dengan Vodafone India bagi membentuk firma telekomunikasi terbesar di negara itu dari segi perolehan dan muncul sebagai antara yang terbesar di dunia.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Axiata catat kerugian bersih RM52.40 juta pada suku ketiga
Kerugian juga disebabkan susut nilai dan pelunasan yang tinggi, bayaran tambahan sekali sahaja dan penalti yang dikenakan.

Axiata, RHB Bank antara pesaing utama bakal peroleh lesen bank digital
Malaysia akan mengikuti jejak langkah negara dari Filipina ke Singapura yang mengeluarkan lesen berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Saham Axiata meningkat susulan pelan penggabungan kekal berjalan lancar
Pada 9.39 pagi, saham itu naik 4.0 sen kepada RM3.96 dengan 440,000 saham bertukar tangan.

Kerjasama dengan gergasi telekomunikasi antarabangsa perlu - Tun M
Malaysia perlu menerima hakikat bahawa kerjasama strategik dengan syarikat gergasi telekomunikasi antarabangsa diperlukan.

CEO Telekom Malaysia letak jawatan
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly, meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.

Axiata yakin idea catat prestasi kewangan positif dalam tempoh tiga tahun
Industri telekomunikasi di India dijangka mengalami rasionalisasi selepas tempoh persaingan sengit yang didorong pesaing, Reliance Jio Infocomm Ltd.

Maybank kekalkan saranan 'beli' ke atas Axiata
Maybank Investment berkata Celcom akhirnya keluar daripada kemelut IT yang sudah lama tertangguh, dan sejak itu lebih rasional dalam harga produknya.