KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM52.40 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2022 berbanding keuntungan bersih sebanyak RM349.56 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas, sebahagian besarnya berikutan kerugian pertukaran asing (forex) yang ketara sebanyak RM346.7 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, katanya, kerugian itu juga disebabkan susut nilai dan pelunasan yang tinggi, bayaran tambahan sekali sahaja dan penalti yang dikenakan pada suku tahun semasa untuk penggunaan peralatan gelombang mikro pada tahun-tahun sebelumnya berjumlah RM151.6 juta dicatatkan oleh operasi mudah alih di Kemboja, kos kewangan dan cukai yang lebih tinggi, tetapi sebahagiannya diimbangi oleh hasil yang lebih tinggi.
Perolehan pada suku ketiga naik 11 peratus kepada RM7.26 bilion daripada RM6.54 bilion sebelum ini, manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 12 peratus kepada RM3.20 bilion.
Perolehan bagi Malaysia meningkat 5.4 peratus kepada RM1.68 bilion, sebahagian besarnya didorong oleh prestasi prabayar yang lebih baik, jualan peranti yang lebih tinggi dan sumbangan daripada anak syarikat baharu, Infront Malaysia dan Bridgenet Solutions.
Sementara itu, perolehan bagi operasi di Indonesia, Bangladesh dan Kemboja, masing-masing meningkat kepada RM2.25 bilion, RM1.03 bilion dan RM455.9 juta manakala perolehan bagi Sri Lanka dan Nepal, masing-masing merosot kepada RM575.4 juta dan RM343.1 juta.
Dalam kenyataan berasingan, Axiata berkata, ia mencapai jumlah penjimatan sebanyak RM1.20 bilion melalui perbelanjaan modal sebanyak RM755 juta dan perbelanjaan operasi sebanyak RM490 juta dalam memberikan kecemerlangan kos.
"Lembaran imbangan kumpulan mencerminkan strategi pertumbuhannya, dengan peningkatan sementara hutang kasar atau EBITDA berikutan pembiayaan untuk pengambilalihan Link Net dan pembelian menara di Filipina.
Berdasarkan prestasi operasinya yang kukuh, Axiata mengisytiharkan dividen satu peringkat dikecualikan cukai sebanyak lima sen pada suku ketiga 2022.
Pengerusi Axiata, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan berkata, momentum kumpulan yang berterusan pada suku tahun tersebut didorong oleh prestasi operasi yang kukuh dan peningkatan kumpulan untuk kekal berdaya tahan dalam menghadapi cabaran makroekonomi. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022
Axiata Group Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM52.40 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2022. - Gambar fail
Nawaf Salam peroleh sokongan mencukupi untuk dilantik sebagai PM
Nawaf Salam memperoleh sokongan mencukupi daripada ahli parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan yang baharu.
Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.
Biden umum sekatan eksport teknologi AI buatan AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan sekatan eksport baharu ke atas teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk cip dan model AI yang digunakan dalam perisian.
Tumpuan Selasa – 14 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khabib Nurmagomedov dikeluarkan dari penerbangan
Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, dihalau dari penerbangan Fly Frontier Airlines selepas terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.
Sekolah dibuka semula kecuali tujuh sekolah masih ditutup
Hampir semua sekolah awam di kawasan Los Angeles akan dibuka semula pada Isnin, walaupun anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran besar yang telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan memusnahkan lebih 12,000 struktur.
Penduduk Gaza terus menderita
Penduduk Palestin di bandar Gaza tidak lagi tahu di mana tempat selamat untuk berlindung sekali gus meneruskan kehidupan.
Ini kerana Sekolah Salah Al-Din tempat perlindungan mereka turut menjadi sasaran rejim zionis dalam serangan awal pagi Isnin.
Ini kerana Sekolah Salah Al-Din tempat perlindungan mereka turut menjadi sasaran rejim zionis dalam serangan awal pagi Isnin.
Indonesia perhebat kesiapsiagaan bencana letusan
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia telah mempergiatkan usaha kesiapsiagaan kecemasan, memfokuskan kepada aktiviti gunung berapi di Gunung Ibu, Gunung Lewotobi Laki-Laki dan Gunung Merapi ketika letusan terus menimbulkan risiko kepada masyarakat setempat.
Kyushu Jepun bergegar, amaran Tsunami dikeluarkan
Amaran tsunami dengan ketinggian maksimum 1 meter telah dikeluarkan untuk wilayah selatan Miyazaki dan Kochi.