BANGKOK: Thailand, selaku bakal pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun depan, komited untuk memastikan kesinambungan Wawasan Putrajaya 2040 menerusi tiga teras ekonomi.
Tiga teras itu adalah - perdagangan dan pelaburan, inovasi dan digitalisasi, serta pertumbuhan yang kukuh, seimbang, terjamin, mampan dan inklusif.
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata Thailand akan meneruskan peranan APEC untuk memastikan pasaran terbuka melalui sistem dagangan pelbagai hala berasaskan aturan yang ditetapkan.
"Pada masa sama, kami akan memanfaatkan peluang untuk menilai semula perbincangan APEC mengenai dagangan dan pelaburan...yang mencerminkan keperluan dan kepentingan perniagaan serta komuniti kami yang semakin berkembang," katanya pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC 2021 yang diadakan sacara maya hari ini.
"Ini adalah penggerak utama kami sebagai tuan rumah APEC," katanya.
Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern akan mempengerusikan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) secara maya malam ini dan kesemua 21 Pemimpin Ekonomi APEC dijangka menyertai mesyuarat yang bertemakan "Join, Work, Grow, Together".
"Saya percaya tema dan keutamaan kami senada dengan seruan komuniti perniagaan untuk menggiatkan semula ekonomi kami dan menjadikannya lebih kuat serta berdaya tahan," katanya.
Sementara itu, dalam memudahkan perdagangan dan pelaburan, Prayuth berkata rantau ini perlu disambung semula.
"Adalah menjadi keutamaan kami untuk membuka semula perjalanan rentas sempadan yang selamat dan lancar.
"Kemajuan ke arah menyambung semula rantau ini adalah penting untuk APEC menuju ke arah pemulihan. Oleh itu, memulihkan kesalinghubungan bakal menjadi satu daripada keutamaan kami tahun depan, dan kami akan meneruskan saranan APEC untuk meneroka kaedah mengukuhkan penyelarasan dan memacu tugas-tugas APEC bagi keselamatan perjalanan," katanya.
Tambahnya, APEC perlu sentiasa meningkatkan kesalinghubungan, memanfaatkan digitalisasi dan inovasi untuk mempermudah pergerakan rentas sempadan bagi memastikan keselamatan aliran barangan, perkhidmatan, ahli perniagaan dan orang ramai.
APEC melancarkan Wawasan Putrajaya 2040 pada November 2020 ke arah membina Asia-Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan dan aman.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021
Prayuth Chan o-cha berkata Thailand akan meneruskan peranan APEC untuk memastikan pasaran terbuka melalui sistem dagangan pelbagai hala berasaskan aturan yang ditetapkan. - Gambar fail
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
PGA rampas 13 lembu seludup dari Thailand
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Pasir Mas.
Thailand gesa gencatan senjata segera di tengah konflik memuncak di Asia Barat
Kementerian Luar Thailand mengulangi gesaan agar semua pihak segera menghentikan serangan balas bagi mengelakkan keadaan meruncing.
Indonesia, Thailand mulakan rancangan tubuhkan Badan Peguam Negara ASEAN
Indonesia dan Thailand telah memulakan rancangan untuk menubuhkan sebuah badan Peguam Negara ASEAN di bawah Sekretariat ASEAN.