‘APABILA gajah bertarung, rumput yang menjadi mangsa.'
Mungkin anda pernah mendengar peribahasa di atas yang agak popular beberapa bulan lalu dan pernah disebut oleh seorang menteri dalam satu persidangan antarabangsa.
Peribahasa tersebut berasal dari Afrika dan ia digunakan untuk menggambarkan kesan pergaduhan antara pemimpin atau kuasa besar akhirnya akan turut menyakitkan orang lain yang tidak terlibat dalam pertelingkahan tersebut.
Dalam dunia hari ini, peribahasa tersebut boleh diguna pakai bagi menggambarkan konflik perdagangan yang berlaku antara Amerika Syarikat (AS) dengan China yang masih tiada penghujungnya.
Pada minggu lalu, Presiden AS, Donald Trump telah memburukkan lagi keadaan dengan membuat ugutan atas China untuk mengenakan tarif baharu kepada negara tembok besar tersebut.
Pengumuman tersebut telah mengejutkan pelbagai pihak termasuk pasaran dan industri yang sebelum ini sangat mengharapkan perkembangan positif hasil daripada rundingan perdagangan konstruktif antara kedua-dua kuasa besar dunia itu.
Siri rundingan terbaharu antara pegawai tinggi dari AS dan China telah disambung semula pada minggu lalu selepas rundingan sebelum ini terhenti pada bulan Mei yang lalu.
Walau bagaimanapun, sehari selepas siri rundingan tersebut tamat, Donald Trump melalui akaun Twitter beliau telah mengumumkan bahawa AS akan mengenakan levi sebanyak 10 peratus ke atas barangan bernilai US$300 bilion dari China bermula 1 September 2019.
Presiden AS, Donald Trump memberi alasan bahawa Presiden China, Xi Jinping lambat bertindak untuk memenuhi tuntutan AS dan China memungkiri janji untuk membeli produk pertanian dari AS dalam skala besar seperti yang telah dipersetujui oleh Beijing dalam rundingan sebelum ini.
China ikrar akan ‘balas dendam’
Tindakan Presiden AS tersebut telah mencetuskan tindakan balas daripada China. Dalam komentar yang dikeluarkan melalui akhbar rasmi China (yang diketahui mewakili pendirian rasmi kerajaannya) telah mengecam tindakan Presiden AS tersebut.
China juga turut mempersoalkan keperluan untuk meneruskan rundingan perdagangan dengan AS memandangkan Washington tidak menghormati proses rundingan tersebut dan sikap Presiden AS yang sering mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan secara berterusan.
White House sebelum ini telah mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan bernilai AS$250 bilion dari China.
Jika Presiden AS meneruskan retorik terbaharunya ini, hal ini bermakna hampir semua barangan yang diimport dari China akan dikenakan cukai yang lebih tinggi oleh AS.
Berdasarkan rekod pada tahun lalu, China telah menjual barangan kepada AS dengan nilai US$539.7 bilion.
Beijing berikrar akan melaksanakan tindak balas atas tindakan AS sekiranya Presiden AS meneruskan pengenaan cukai 10 peratus yang disasarkan kepada pelbagai jenis barangan termasuk telefon pintar, barangan elektronik lain, pakaian dan mainan.
China juga dijangka akan lebih secara lebih tegas dalam mempertahankan pendiriannya berikutan tindakan Presiden AS yang memaksa negara tembok besar itu menuruti kemahuan AS seolah-olah menghina kedaulatan China.
Negara membangun paling terjejas
Menurut kajian yang dijalankan oleh Biro Ekonomi Kebangsaan AS pada Mac lalu mendapati bahawa tindakan AS mengenakan tarif kepada China pada tahun lalu tidak memberi sebarang manfaat ekonomi kepada AS atau rakyatnya.
Hal ini disebabkan oleh segala kos telah dipindahkan kepada pengguna di AS.
Hakikatnya, apa yang berlaku sekarang adalah AS dan China saling bersaing untuk mengukuhkan kuasa dan memperluas empayar masing-masing. Persaingan ini telah menyebabkan ketidaktentuan ekonomi dunia pada masa ini dan bahangnya turut dirasai oleh negara-negara lain di seluruh dunia.
Pertelingkahan yang berlaku antara AS dengan China mempunyai impak yang sangat besar kepada ekonomi dunia, terutama kepada negara-negara membangun seperti Malaysia.
Selain itu, negara-negara kecil lain termasuk Malaysia hanya mampu menjadi melihat dan teruskan berdoa agar pertarungan antara AS dengan China tidak akan berlarutan sehingga menjejaskan kestabilan ekonomi serantau.
Dari aspek nilai dagangan, jumlah perdagangan global dijangka menurun dan syarikat-syarikat gergasi akan menangguhkan pelaburan akibat ketidaktentuan ekonomi.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula meramalkan kelembapan ekonomi dunia akan dapat dilihat dengan lebih ketara dalam kalangan negara-negara membangun akibat daripada perang perdagangan ini.
Pertumbuhan ekonomi negara-negara tersebut dijangka dicatatkan pada kadar 4.1 peratus, iaitu 0.3 mata lebih rendah berbanding dengan ramalan IMF sebelum ini tanpa mengambil kira pengumuman terbaharu Presiden AS pada minggu lalu.
Selain itu, pelabur-pelabur individu juga turut menjadi mangsa pertarungan antara dua kuasa besar dunia. Pasaran saham di seluruh dunia telah merudum teruk minggu lalu berikutan ugutan yang dilakukan oleh Presiden AS tersebut.
Saham yang didagangkan di Britain melalui FTSE 100 telah jatuh 2 peratus selepas pasaran di Eropah mencatatkan penurunan akibat penjualan saham yang berterusan.
Pasaran di Wall Street pula mencatatkan prestasi mingguan terburuk bagi tahun ini dengan Dow Jones telah jatuh kira-kira 280 mata dalam tempoh masa satu hari. Trend sama juga dapat dilihat pada pasaran Shanghai (jatuh 1.4 peratus) dan Jepun (menurun 2.1 peratus).
Siapakah yang untung dalam perang tarif antara AS dengan China?
Pertelingkahan antara AS dengan China juga memberi kesan secara langsung kepada ekonomi rakyat Malaysia.
Kadar gaji yang kekal pada tahap yang sama dan harga barang yang semakin meningkat telah mengurangkan kemampuan berbelanja dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kebanyakan pakar ekonomi dunia percaya bahawa rundingan perdagangan antara kedua-dua kuasa besar ini masih akan diteruskan di sebalik ugutan yang dibuat oleh Presiden AS ke atas China.
Jika dilihat kepada corak kepimpinan Presiden AS sebelum ini, retorik Donald Trump selalunya hanya mengambil tempoh masa tertentu sahaja dan tidak bertahan lama.
Hal ini disokong dengan tekanan yang diterima oleh Donald Trump daripada syarikat-syarikat gergasi teknologi AS seperti Google, Intel, Micron Technology dan lain-lain supaya Presiden AS membuat keputusan lebih baik yang memberi kebaikan kepada AS sendiri.
'
Hal ini disebabkan oleh kebanyakan industri di AS masih bergantung kepada China untuk mengeluarkan produk mereka.
Perjanjian terbaik perlu dimeterai segera antara AS dengan China. Hal ini bagi memastikan pasaran saham kembali pulih, dan pelabur dapat membuat pelaburan secara lebih konsisten yang memberi kebaikan kepada semua pihak dalam jangka masa panjang.
Walaupun keadaan semasa menunjukkan ketidakstabilan dalam pasaran saham, secara umumnya, perang ekonomi antara AS dengan China sebenarnya mampu memberi keuntungan kepada pelabur yang baru berjinak-jinak dengan dunia saham.
Hal ini disebabkan oleh saham-saham bernilai tinggi kini dijual pada harga yang murah akibat tekanan pasaran.
Hal ini menjadikan detik ini sebagai peluang keemasan kepada pelabur baru yang ingin membeli saham. Pembelian pada harga diskaun ini mampu melipat gandakan lagi keuntungan apabila ekonomi dunia kembali stabil.
Secara asasnya, pelabur akan memperoleh keuntungan apabila pasaran saham menunjukkan trend positif. Tetapi tahukah anda? Walaupun pasaran saham jatuh, anda masih boleh membuat keuntungan daripada kejatuhan tersebut.
Jika anda bersedia untuk dibimbing oleh Pakar Pelaburan Saham Nombor 1 Malaysia untuk menjadi pelabur bijak, mulakan tindakan sekarang bagi menggandakan wang anda dengan membeli saham gergasi dunia yang mampu naik 10 kali ganda dalam beberapa tahun.
Anda juga mampu menjana pendapatan kecil dengan saham hebat dunia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan modal yang rendah.
Bagaimana? Layari www.menangsaham.com untuk menuntut ilmu pelaburan saham di lokasi terpilih. Anda akan didedahkan dengan
(i) bagaimana boleh terlibat di dalam pelaburan di Bursa Malaysia dan Pasaran Global memburu 70,000 saham patuh syariah sedunia dengan menggunakan handphone dan modal serendah RM10. Bagaimana mengenal pasti kaunter-kaunter yang berpotensi 100 peratus untung dalam dalam jangka masa singkat dan panjang (Home Run Stock).
(ii) Bagaimana membeli saham 100 BAGGERS dan MONSTER STOCK seperti Amazon, Facebook, Tesla, Google, Adidas, BMW, Ferrari, Nike dan Apple yang meningkat 1000 peratus dalam sepuluh tahun.
(iii) Bagaimana boleh bermula melabur dalam modal yang minimum dan selamat melalui platform yang selamat, patuh syariah dan sah di sisi undang-undang.
(iv) Bagaimana untuk mengenal kaunter-kaunter saham yang bakal meletup dan bakal menjunam menggunakan carta mudah selama tiga puluh minit sehari.
Jangan lupa untuk menonton dan terus menyokong rancangan Talk Show Menang Saham Bersama DDNK musim ke-2 pada setiap Isnin tepat jam 9.00 malam hanya di ASTRO AWANI saluran 501.
Datuk Dr Nazri Khan
Mon Aug 26 2019
Konflik perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China masih tiada penghujungnya. -Gambar fail
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Enam pelajar SM Imtiaz Kuala Berang rangkul dua emas pertandingan inovasi di China
Enam pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang meraih dua pingat emas dalam International Innovative Technology Summit (ITTS) 2024 di Beijing, China baru-baru ini.
Spesifikasi kapal kargo angkasa lepas Haolong oleh China kini diketahui
Haolong akan dilancarkan menggunakan roket sebelum meneruskan perjalanan ke Tiangong.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China
Suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam.
Indonesia, China setuju perkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan
Indonesia dan China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.