Anak syarikat AirAsia Bhd (AAB), PT AirAsia Indonesia Tbk (AAID), telah menyelesaikan pengambilalihan kepentingan sebanyak 57.25 peratus dalam PT Indonesia AirAsia (IAA).
AirAsia, dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata sebagai sebahagian daripada transaksi berkenaan, AAID telah menyelesaikan terbitan hak termasuk penjualan perniagaan pengangkutan dan arang batunya.
"Keuntungan tunai bersih sebanyak 26 bilion rupiah (100 rupiah = 0.03 sen) daripada terbitan hak dan penjualan itu akan digunakan sebagai modal kerja AAID," katanya.
Katanya, anak syarikat milik penuh AAB, AirAsia Investment Ltd (AAIL), akan terus mengekalkan pegangan saham langsung 20.95 peratus dalam IAA serta bagi mematuhi pemindahan Sekuriti Kekal IAA yang berjumlah 1.27 trilion rupiah kepada AAID, ia telah memperoleh sebanyak 47.71 peratus pegangan saham dalam AAID yang tersenarai.
Berdasarkan harga dagangan terakhir hari ini iaitu sebanyak 240 rupiah, nilai pelaburan sebut harga AAIL dalam AAID adalah sebanyak 1.22 trilion rupiah (bersamaan RM367.1 juta).
"Objektif langkah korporat ini bertujuan menyediakan IAA akses kepada ekuiti dalam pasaran modal, meningkatkan keterlihatan serta profil, dan juga bagi mendapat manfaat daripada piawaian tadbir urus korporat yang lebih tinggi sebagai sebahagian daripada sebuah entiti tersenarai Bursa Saham Indonesia," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 29 2017
![Anak syarikat AirAsia selesaikan pengambilalihan PT Indonesia AirAsia Anak syarikat AirAsia selesaikan pengambilalihan PT Indonesia AirAsia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513681486_airasia.jpg)
Sebagai sebahagian daripada transaksi berkenaan, AAID telah menyelesaikan terbitan hak termasuk penjualan perniagaan pengangkutan dan arang batunya. - REUTERS/Fail
![MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721224913_DonDaniyalDonBiya.jpg)
MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don
MAIS berkata pihaknya akan membuat keputusan yang terbaik berdasarkan kenyataan yang diterima daripada pendakwah itu baru-baru ini.
![Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721221006_DzulkeflyAhmad.jpg)
Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini dikuatkuasakan secepat mungkin.
![Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720757513_sprmbernama.jpg)
Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa
Sindiket yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas itu disyaki memberikan rasuah kira-kira RM300,000 kepada penguat kuasa terbabit.
![28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori 28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721223722_stomachache.jpg)
28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori
Kesemua mereka dikatakan mengalami gejala keracunan selepas makan ayam tandoori goreng yang dihidangkan sebagai menu tengah hari.
![JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707816618_TBDATUKNORHISHAM.jpg)
JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.
![Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718249777_KesZaynRayyan.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
![Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222558_abdullahsaidol.jpg)
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
![Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
![Anak syarikat AirAsia selesaikan pengambilalihan PT Indonesia AirAsia Anak syarikat AirAsia selesaikan pengambilalihan PT Indonesia AirAsia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513681486_airasia.jpg)
Anak syarikat AirAsia selesaikan pengambilalihan PT Indonesia AirAsia
PT AirAsia Indonesia Tbk, telah menyelesaikan pengambilalihan kepentingan sebanyak 57.25 peratus dalam PT Indonesia AirAsia.