Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd kini dalam proses meneliti semula pesanannya dengan Airbus dan tidak akan menerima sebarang penghantaran pesawat baharu tahun ini.
Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Datuk Kamarudin Meranun dalam kenyataannya, pada Rabu.
"Kami tidak berhasrat menerima sebarang penghantaran pesawat baharu tahun ini dan menyasarkan untuk mengakhiri 2020 dengan sejumlah 242 pesawat iaitu pengurangan satu pesawat berbanding tahun lepas," katanya.
Laporan sebelum ini menyatakan pengeluar pesawat Eropah itu melepaskan tempahan enam pesawat AirAsia yang sebaliknya akan dijual ketika krisis industri penerbangan terus meruncing susulan pandemik COVID-19.
Kamarudin yang berkongsi pengalaman lampau AirAsia menjual dan memajak pesawatnya pada akhir 2018, berkata keputusan itu telah memberi lebih banyak ruang untuk kumpulan tersebut menumpukan aspek pertumbuhan berbanding pemilikan pesawat pada Rabu.
Malah, kumpulan itu berjaya mendapatkan harga terbaik bagi pesawat tersebut dalam keadaan pasaran utama seiring usaha melenyapkan risiko akibat pemilikannya, katanya.
"Kami juga telah melakukan penyusunan semula sebahagian besar daripada lindung nilai bahan api menerusi sokongan rakan terbabit dan masih dalam proses penyusunan baki dedahan yang ada.
"Ini akan membantu dari segi menangani lebihan jumlah lindung nilai jangkaan penggunaan bahan api pasca COVID-19 serta mengurangkan kerugian jika harga bahan api itu kekal pada paras semasa," katanya.
Kamarudin berkata langkah-langkah selanjutnya bagi mengurus dan mengawal kos itu termasuk di peringkat pengurusan dan pekerja kanan yang sanggup mengorbankan gaji, melakukan rundingan semula kontrak dan menangguhkan semua perbelanjaan tidak penting.
Beliau turut menjangkakan semua inisiatif penjimatan kos itu dapat menghasilkan sekurang-kurangnya 30 peratus pengurangan kos tahun ke tahun dalam tahun kewangan 2020.
Dalam pada itu, AirAsia telah menyambung semula perkhidmatan penerbangan domestik di Malaysia pada Rabu dan akan diikuti oleh Thailand (1 Mei), Filipina (16 Mei), dan Indonesia (7 Mei) setelah mendapat persetujuan pihak berkuasa.
Kamarudin berkata pihaknya turut melaksanakan protokol kawalan kesihatan dan penjarakan sosial yang ketat sebagaimana ditetapkan.
Malah, semua pesawat yang dilengkapi dengan penapis udara partikel berkecekapan tinggi sebagaimana digunakan di hospital, akan turut menjalani proses pembasmian kuman secara menyeluruh bagi setiap hentian waktu malam.
"Kami (akan) terus mempelbagaikan sumber pendapatan dalam tempoh mencabar ini dengan pendekatan lebih mesra pasaran. Ini termasuk bagi mengembangkan lagi perniagaan digital dan sampingan seperti Santan, Teleport dan BigPay," katanya.
Syarikat penerbangan itu juga dalam proses merangka pelan induk untuk memulakan francais bagi Santan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 30 2020
AirAsia pada Rabu memulakan semula operasi penerbangan pertama ke laluan domestik terpilih selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, ketika tinjauan di klia2, 29 April, 2020. -- fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025
Ikuti siaran luar AWANI Pagi Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025 secara langsung dari Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan bersama Ezura Shazween Kamal Bahrin, Penolong Naib Presiden Kanan Pemasaran Kandungan Astro, dan Sherry Al-Hadad, selebriti, Sabtu, jam 8:30 pagi di saluran Astro AWANI 501.
Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai.
Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai.
Bekas jurutera hasilkan potret daripada tanah liat
Farrah Wahida menginovasi produk berasaskan tanah liat menjadi potret hampir menyerupai gambar sebenar dalam bentuk kartun.
Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona
Bekas pemain Manchester City itu akan kembali ke liga divisyen utama England berkenaan selepas dua setengah musim berkelana di Sepanyol.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.