AirAsia hari ini mengesahkan perkhidmatannya di Melbourne, Australia, akan berpindah dari Lapangan Tullamarine ke Lapangan Terbang Avalon mulai 5 Dis ini, dan pada masa yang sama melancarkan perkhidmatan buat julung kali dari Lapangan Antarabangsa Victoria yang kedua.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, AirAsia berkata perkhidmatan dua kali sehari yang diikendalikan oleh AirAsia X, syarikat sekutu AirAsia, akan berlepas dari klia2 (lewat tengah hari dan petang) membawa tetamu dari Malaysia dan ASEAN semakin hampir dengan destinasi pelancongan terkemuka, Great Ocean Road.
Ia juga menyediakan akses berpatutan dan selesa dari bandar Melbourne.
"Sebagai syarikat penerbangan utama yang melancarkan perkhidmatan antarabangsa dari Lapangan Terbang Avalon, ini merupakan satu pembawa perubahan untuk pengguna, pelancongan dan industri.
"Kami yakin tambang bernilai hebat dari dan ke Melbourne, akan terbukti popular dengan warga Australia yang ingin terbang ke KL atau berhubung dengan 130 destinasi popular dalam rangkaian global kami, dan ASEAN akan mendapat faedah daripada akses berpatutan dan selesa ke Victoria," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X Benyamin Ismail.
Beliau berkata Lapangan Terbang Avalon mempunyai banyak keistimewaan termasuk kawasan pelepasan dan ketibaan yang mudah dan seragam serta lokasi berhampiran dengan antara ikon pelancongan terkemuka Australia - Great Ocean Road, pada masa yang sama mengekalkan akses dan kedudukan hampir dengan bandar.
Sementara itu, CEO Lapangan Terbang Avalon Justin Giddings berkata berkata: "Pembinaan terminal antarabangsa baharu berjalan lancar. Dengan hampir 9,000 meter persegi, ia akan dilengkapi dengan fasiliti canggih dengan inovasi terkini dalam proses dan kelengkapan kastam serta pilihan membeli-belah Bebas Cukai dan makanan dan minuman.
"Kami tidak sabar mengalu-alukan AirAsia sebagai penyewa antarabangsa pertama dan tetamu dari Malaysia dan seluruh dunia ke terminal antarabangsa baharu kami," katanya.
Promosi istimewa ke Melbourne dengan tambang termasuk semua serendah RM199 sehala sedia boleh ditempah di airasia.com mulai sekarang sehingga 15 Julai 2018, untuk tempoh perjalanan dari 5 Dis 2018 ke 13 Ogos 2019.
Tetamu yang menempah untuk terbang dengan AirAsia X dari/ke Melbourne mulai 5 Dis akan dihubungi secara terus oleh syarikat penerbangan dan diberikan keterangan perjalanan baharu mereka termasuk pelbagai peruntukan sekiranya mereka ingin menukar rancangan perjalanan mereka.
Tetamu boleh menghubungi AirAsia melalui saluran rasmi di support.airasia.com.
Untuk maklumat terkini berkenaan berita, promosi dan aktiviti terkini AirAsia melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).
Bernama
Tue Jul 10 2018
Promosi istimewa ke Melbourne dengan tambang termasuk semua serendah RM199 sehala sedia boleh ditempah di airasia.com mulai sekarang sehingga 15 Julai 2018, untuk tempoh perjalanan dari 5 Dis 2018 ke 13 Ogos 2019. - Gambar hiasan
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tinjauan udara banjir di Terengganu
Bagi melihat tinjauan banjir di Terengganu melalui udara pula.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Bencana banjir: Alah bisa tegal biasa, tapi sampai bila?
Situasi banjir yang kerap terjadi membuatkan penduduk di sekitar kawasan Kemasik, Kemaman, membuat persiapan awal menghadapi bencana tersebut.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
228.2 juta nilai dadah yang dihapus setakat Oktober 2024
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan nilai dadah yang dihapuskan setakat Oktober 2024 adalah sebanyak 228.2 juta ringgit.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula - Dr Zaliha
Pelaksanaan dasar tempoh menduduki perlu mengambil kira pelbagai faktor untuk mengelakkan kesan negatif kepada penghuni tertentu.
Jumlah pengguna TNB sehingga hari ini seramai 10.4 juta - PETRA
Jelas Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir , daripada jumlah itu 8.5 juta pengguna domestik dan 1.9 juta pengguna bukan domestik yang terdiri komersial, perindustrian dan pertanian.
KEADAANBANJIR_WEB
Keadaan banjir di tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Johor tidak banyak perubahan setakat sembilan pagi ini.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.