AirAsia memenangi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi 11 tahun berturut-turut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019.
Selain itu ia juga dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi tempat duduk Premium Flatbed, yang terdapat dalam pesawat jarak jauh AirAsia X.
Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd, Datuk Kamarudin Meranun berkata anugerah berkenaan merupakan satu penghormatan atas komitmen AirAsia menawarkan perjalanan mampu milik dan perkhidmatan mengutamakan pelanggan untuk diiktiraf Skytrax bagi 11 tahun berturut-turut.
"Hakikatnya anugerah ini adalah berdasarkan maklum balas langsung dan ia adalah pengiktirafan yang menggembirakan untuk seluruh warga AirAsia yang telah banyak berusaha dan memberikan komitmen kepada kecemerlangan perkhidmatan untuk pelanggan kami," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.
Kenyataan tersebut diedarkan semasa majlis anugerah itu yang berlangsung di Pameran Udara Paris Antarabangsa kali ke-53 di Le Bourget di sini.
Skytrax turut menamakan Qatar Airways sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Tahun Ini.
Sementara itu, Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz berkata anugerah tersebut membuktikan tempoh sembilan tahun menjadi yang terbaik di dunia dalam kategori berkenaan dan ia didedikasikan kepada seluruh warga AirAsia yang berpegang teguh kepada budaya, misi dan visi korporat syarikat.
"Kami sekali lagi diiktiraf atas perkhidmatan menyediakan Kabin Premium Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia dalam penerbangan jarak jauh kami.
"Tahun ini, kami akan pergi lebih jauh dengan menawarkan keselesaan dalam penerbangan yang terbaik menerusi pesawat Airbus A330neo baharu, pesawat yang akan mengubah pengalaman perjalanan jarak jauh.
"Digabungkan dengan perkhidmatan dalam penerbangan yang cukup terkemuka sebagai syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X akan terus berusaha menawarkan perkhidmatan yang berbaloi kepada pelanggan ke 30 destinasi di 10 pasaran di seluruh rangkaian jarak jauh AirAsia Group," katanya dalam kenyataan yang sama.
BACA: AirAsia X optimis dapat berkembang ke Eropah
Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax, diperkenalkan pada 1999 dan bersifat bebas serta tidak berpihak, merupakan penanda aras kecemerlangan global bagi syarikat penerbangan.
Ia juga terkenal sebagai anugerah 'Oscars' bagi industri penerbangan.
Keputusan bagi anugerah tahun ini ditentukan melalui kaji selidik ke atas 21.65 juta pelanggan dengan 100 kewarganeraan yang menilai lebih 300 syarikat penerbangan mulai Ogos 2018 sehingga Mei 2019.
Setakat ini, AirAsia mengendalikan rangkaian lebih 140 destinasi dari 25 hab di 22 pasaran.
Bagi meraikan kemenangan ini, AirAsia akan melanjutkan jualan besar-besaran AirAsia sehingga 23 Jun, 2019 dengan tambang bermula serendah RM12 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi domestik dan daripada RM89 bagi penerbangan antarabangsa, tertakluk kepada terma dan syarat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2019

(Belakang, lima dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Nadda Buranasiri, Rafidah, Kamarudin , Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Penerbangan) Bo Lingam bersama-sama Kru Kabin AirAsia. - Foto AirAsia

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

UPM di kedudukan ke-28 dalam 'UI-GreenMetric World University Ranking'
Dalam ranking yang dikeluarkan pada 7 Dis itu, UPM juga disenaraikan sebagai universiti tiga teratas di peringkat Asia.

AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2019
Hakikatnya anugerah ini adalah berdasarkan maklum balas langsung dan ia adalah pengiktirafan yang menggembirakan untuk seluruh warga AirAsia, kata Kamarudin.