KUALA LUMPUR: AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL), syarikat induk kumpulan syarikat penerbangan Capital A Bhd, telah memeterai perjanjian pembelian saham dengan Air India Ltd membabitkan penjualan baki 16.33 peratus pegangan dalam AirAsia (India) Private Ltd (AAI) kepada Air India.
Air India juga merupakan entiti sekutu Tata Sons Private Ltd (TSL).
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, Capital A berkata semua persetujuan sewajarnya serta kelulusan kawal selia telah diperoleh dan AAAGL dijangka meraih hasil kasar RM89.25 juta.
"Tiada keuntungan atau rugi dalam langkah pelupusan ini memandangkan Capital A telah meletakkan baki 16.33 peratus dalam AAI pada nilai saksama.
"Baki tunai AAAGL akan meningkat dalam jumlah sama selepas (pelaksanaan) langkah itu," katanya.
Capital A berkata, penjualan itu tidak memberi sebarang kesan ke atas modal sahamnya dan pegangan saham pemegang saham utama serta dijangka tiada kesan material terhadap pendapatan sesaham, aset bersih sesaham serta hutang syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022.
Selepas langkah itu, AAAGL tidak akan memegang sebarang kepentingan ekuiti dalam AAI manakala Perjanjian Lesen Jenama dan Perkhidmatan Teknikal antara AirAsia Bhd dan AAI akan tamat 12 bulan dari tarikh tamat perjanjian pemegang saham pihak terbabit atau lebih awal sebagaimana ditetapkan oleh AAI.
Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, AAAGL berkata perjanjian itu dilakukan ketika AirAsia meneruskan semula operasi dengan lebih kukuh berbanding sewaktu pandemik yang membolehkannya meneliti semula objektif strategik dengan menumpukan pasaran ASEAN susulan kedudukan dan rangkaiannya yang kukuh di rantau tersebut.
Setakat ini, AirAsia telah melaksanakan lebih 171,000 penerbangan sejak Januari 2022 dengan membawa lebih 23 juta penumpang.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AAAGL Bo Lingam berkata AirAsia telah membangunkan perniagaan hebat di India yang juga antara pasaran penerbangan awam terbesar dunia sejak mula beroperasi pada 2014.
"Kami juga mempunyai pengalaman baik bekerjasama dengan Tata Group yang terkemuka di India. Ini bukanlah penamat hubungan tetapi permulaan baharu ketika kami terus meninjau peluang baharu untuk bekerjasama dan meningkatkan sinergi bagi kemajuan masa depan.
"COVID-19 membolehkan kami meneliti semula keutamaan dan beranggapan AirAsia sesuai membangunkan perniagaan di ASEAN menerusi empat syarikat hebat di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina bersandarkan kehadiran serta jenamanya yang disayangi.
"Kami akan memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan daripada operasi di pasaran domestik India bagi mengembangkan lagi pasaran ASEAN-India dalam perkhidmatan logistik serta penumpang ke tahap lebih tinggi," katanya.
AirAsia India adalah syarikat penerbangan kelima terbesar di India dengan bahagian pasaran sebanyak 5.7 peratus dan menjadi syarikat penerbangan asing pertama menubuhkan anak syarikat di negara itu.
Syarikat itu telah mencatat pertumbuhan luar biasa pada 2019 dengan jumlah penumpang meningkat 39 peratus, sekali gus mengukuhkan kedudukan domestiknya.
Perkhidmatan AirAsia India meliputi 13 destinasi pada tempoh sebelum pandemik termasuk Bengaluru, Kolkata, Hyderabad, New Delhi serta Tiruchirappalli.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2022

Semua persetujuan sewajarnya serta kelulusan kawal selia telah diperoleh dan AAAGL dijangka meraih hasil kasar RM89.25 juta. -Gambar hiasan

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.