KUALA LUMPUR: Pencapaian cemerlang dan sumbangan 31 pemain industri dalam pembangunan modal insan telah diberikan pengiktirafan sebagai pemenang Anugerah Pembangunan Sumber Manusia 2022 (HRD 2022), yang berlangsung malam tadi.
Anugerah HRD2022 ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Anugerah Menteri Sumber Manusia untuk majikan syarikat besar dengan 17 anugerah dan Anugerah HRD Corp untuk 14 Industri Kecil dan Sederhana (IKS), penyedia latihan dan jurulatih.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata Anugerah HRD merupakan cara terbaik untuk menilai prestasi majikan dan pemain industri, dalam memperkukuhkan usaha pembangunan sumber manusia mereka.
"Wawasan jangka panjang Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju dalam ekonomi, bergantung pada keupayaan kami untuk mengembangkan tenaga kerja dan bakat.
"Walau bagaimanapun, ini tidak boleh dicapai jika ia hanya dilakukan kerajaan sahaja.
"Setiap daripada kita perlu memainkan peranan masing-masing dan mengambil bahagian dalam pelbagai aspek untuk menyumbang kepada pembangunan modal insan," katanya ketika merasmikan majlis Anugerah HRD ke-20 2022 itu, di sini.
Sivakumar turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan HRD Corp atas sumbangan dan dedikasi mereka ke arah memperkukuh ekosistem pembangunan modal insan Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp Datuk Shahul Dawood berkata anugerah itu memainkan peranan penting dalam membentuk trend dan memudahkan pertumbuhan tenaga kerja dan bakat Malaysia sejak dua dekad lalu.
Shahul berkata sejumlah 5,508 majikan berdaftar dari dua kategori telah dinilai dan pemenang dipilih oleh hakim selepas semakan selama beberapa bulan, berdasarkan pendekatan inovatif dan keberkesanan terhadap pembangunan modal insan.
Majlis itu menyaksikan 17 anugerah diberikan kepada pemenang Anugerah Menteri Sumber Manusia dan antara penerima termasuklah 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd, AirAsia Berhad, Alam Flora Sdn Bhd, CIMB Bank Berhad dan CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd.
Manakala, Anugerah HRD Corp diberikan kepada 14 PKS, penyedia latihan dan jurulatih yang telah mencapai standard tertinggi dalam pembangunan modal insan dan antara pemenangnya ialah Aspac Lubricants (Malaysia) Sdn Bhd (bagi kategori majikan), CF Learning Services Sdn Bhd (penyedia latihan), dan Alvin Tan Bok Lim (jurulatih).
Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud.
Anugerah HRD 2022 Gala Dinenr telah diperkenalkan HRD Corp di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2001, dan merupakan pengiktirafan tertinggi negara kepada pemain industri yang telah menerajui inovasi dan transformasi modal insan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023
Pencapaian cemerlang dan sumbangan 31 pemain industri dalam pembangunan modal insan telah diberikan pengiktirafan sebagai pemenang Anugerah Pembangunan Sumber Manusia 2022 (HRD 2022), yang berlangsung malam tadi. -Facebook HRD Corp
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.
Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun
Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.
Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.
Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.
Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA
RUU itu masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif
Kementerian Sumber Manusia menerima 362 permohonan daripada majikan yang ingin menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif sejak diperkenalkan.
HRD Corp: SPRM hadir ke Kesuma dapatkan dokumen untuk siasatan
Selepas hampir sejam, pegawai SPRM itu dilihat keluar dari bangunan Kesuma dengan membawa beberapa dokumen dan beredar.
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.