KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) untuk melabur dalam pelbagai aktiviti yang dianggap berisiko tinggi.
Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata PAC juga mendapati wujud tatakelola yang lemah serta kaedah pembelian harta yang mencurigakan dalam organisasi tersebut.
"PAC mendapati HRD Corp yang bukan sebuah institusi pelaburan telah melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan dengan menggunakan wang levi seperti 'put and call option'.
"Pelaburan ini adalah berisiko tinggi dan boleh mendedahkan HRD Corp kepada kerugian besar," katanya pada sidang media laporan PAC di Parlimen di sini, pada Khamis.
Mas Ermieyati menjelaskan, dapatan itu diperoleh menerusi slaid pembentangan HRD Corp bertarikh 12 Mac 2024 seperti dinyatakan dalam laporan PAC berhubung Pengurusan Dana Latihan Dan Keberkesanan HRD Corp di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).
Mas Ermieyati berkata melalui prosiding yang dijalankan, jawatankuasa itu mendapati kutipan levi dicatatkan HRD Corp meningkat begitu ketara iaitu RM2.134 bilion pada 2023 berbanding RM475 juta pada 2020.
Katanya, peningkatan itu didorong peluasan Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001 (Akta PSMB 2001) di mana pengenaan levi diwajibkan kepada semua sektor industri.
Laporan PAC turut mendedahkan, panel pelaburan HRD Corp gagal melaporkan aktiviti pelaburan yang sepatutnya kepada Ahli Lembaga Pengarah (ALP) atas justifikasi bahawa pengerusi panel pelaburan adalah pengerusi ALP.
Susulan daripada itu, ALP tidak berupaya memantau aktiviti pelaburan HRD Corp secara menyeluruh dan ini menjejaskan peranannya sebagai entiti yang bertanggungjawab terhadap hala tuju HRD Corp,.
Selain itu, PAC berkata, berlaku pelanggaran Akta PSMB 2001, berikutan, tiada wakil Bank Negara Malaysia (BNM) dilantik sebagai seorang daripada ahli panel pelaburan sejak 2017.
PAC turut memberitahu siasatan ke atas HRD Corp yang dimulakan Oktober tahun lalu turut mengenal pasti beberapa kelemahan lain dalam pengurusan syarikat itu antaranya dari segi tadbir urus, kaedah perolehan dan pembelian hartanah yang mencurigakan atau mendatangkan kerugian.
Katanya, PAC turut mendedahkan kepincangan dari segi pengurusan sumber dana HRD Corp susulan terdapat 'unutilised levy' iaitu sejumlah wang yang tidak digunakan oleh majikan bagi tujuan latihan selepas tempoh dua tahun.
Tempoh itu dilihat terlalu singkat yang mana ia tidak dapat membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menggunakan dana latihan berkenaan.
Syarikat yang mempunyai tenaga kerja rendah, tidak akan dapat menggunakan wang caruman levi kerana tidak mencapai nilai minimum untuk menganjurkan latihan di bawah HRD Corp.
Dalam syornya, Mas Ermieyati berkata, PAC meminta kerajaan terutama Kesuma mengambil langkah sewajarnya ke atas laporan berkenaan termasuk mengkaji semula keperluan untuk HRD Corp dijadikan badan berkanun, sebagai langkah memastikan tadbir urus lebih baik.
"Ahli Lembaga Pengarah HRD Corp perlu mengkaji semula kaedah pemindahan levi ke tabung 'unutilised levy' untuk memastikan kepentingan PKS dipelihara.
"Antara lain, HRD Corp juga perlu mengambil langkah proaktif mencari alternatif bagi PKS untuk menggunakan wang caruman sebelum dikategorikan sebagai 'unutilised levy'," katanya.
Dalam syornya yang lain, PAC meminta Kesuma mengkaji semula dan meminta Akta PSMB 2001 supaya wakil BNM tidak perlu dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan, memandangkan agensi itu berpandangan ia bercanggah dengan peranannya sebagai pengawal selia.
"Pada masa sama, HRD Corp perlu menumpu secara proaktif kepada 'disbursement of training funds' untuk memastikan pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja berkemahiran tinggi melalui program latihan lebih menyeluruh serta tertumpu dan tidak hanya bersifat generik.
"Syarikat ini juga perlu memastikan setiap aktiviti pelaburannya dipantau panel pelaburan dan Ahli Lembaga Pengarah dengan lebih telus dan teratur dengan kewajipan melaporkan setiap aktiviti pelaburan kepada Lembaga Pengarah seperti termaktub dalam Akta PSMB 2001, dan bukannya hanya kepada Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah," katanya.
Astro Awani
Thu Jul 04 2024
Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata PAC juga mendapati wujud tatakelola yang lemah serta kaedah pembelian harta yang mencurigakan dalam organisasi tersebut.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Tindakan henti penstrukturan semula pelaburan bantutkan transformasi LTAT - PAC
Keputusan MINDEF menghentikan pelan penstrukturan semula portfolio pelaburan LTAT yang dilaksanakan pengurusan terdahulu membantutkan proses transformasi menyeluruh LTAT.
PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.
Mahkamah diberitahu PAC tidak salahkan Arul Kanda berhubung salah urus 1MDB
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu PAC tidak menyalahkan bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi salah urus syarikat dana kekayaan kedaulatan itu pada 2016.
Siasatan 1BestariNet tiada campur tangan mana-mana pihak - SPRM
Siasatan SPRM terhadap YTL membabitkan tender perkhidmatan 1BestariNet dilakukan berdasarkan maklumat laporan JKSTUPKK.
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
PAC cadang NRES pinda Akta Pembangunan Mineral, kenakan tindakan perlombongan haram
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525).