PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperkenalkan Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan yang julung kali buat Malaysia.
Menurut Menteri Steven Sim Chee Keong, kerangka itu akan mengandungi tiga Teras, 11 Strategi, 48 Prakarsa, lima Pemacu Perubahan dan dua Pemangkin Dasar.
Katanya, ia dihasilkan selepas mengambil kira maklum balas daripada pemegang taruh dan orang ramai melalui sesi libat urus, kumpulan tumpu bincang, town hall dan portal kaji selidik dalam talian.
"Lebih 2,000 maklum balas diterima dan dijadikan pertimbangan untuk menghasilkan Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan ini.
"Kerangka dasar ini merangkumi isu-isu penting berkaitan pekerja seperti pampasan upah yang lebih lumayan, kesejahteraan pekerjaan dan gerakan kesatuan sekerja.
"Selain itu, ia termasuk perlindungan keselamatan sosial yang lebih menyeluruh, tenaga kerja golongan rentan seperti wanita, warga emas dan OKU, hal ehwal pekerja sektor gig, isu-isu berkaitan latihan kemahiran, ketidakpadanan pekerjaan, tenaga kerja asing, kesan teknologi seperti AI ke atas pasaran kerja dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Hari Pekerja 2024 di sini hari ini.
Sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan dengan tema 'Pekerja Kesuma Bangsa' berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Mengulas lanjut, Sim berkata, kerangka itu seterusnya akan menjadi panduan untuk menghasilkan Dasar Sumber Manusia Kebangsaan yang lengkap menjelang Rancangan Malaysia Ke-13.
"KESUMA berharap akan menjadi antara kementerian pertama yang mempunyai dokumen dasar utama yang selaras dengan RMK-13 kelak," katanya.
Afiezy Azaman
Wed May 01 2024
Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan akan menjadi panduan untuk menghasilkan Dasar Sumber Manusia Kebangsaan yang lengkap menjelang Rancangan Malaysia Ke-13.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Remaja tembak diri sendiri selepas bunuh rakan
Seorang remaja menembak diri sendiri hingga maut selepas menembak mati seorang remaja di kafeteria di sekolah tinggi antioch di Nashville.
Steven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah, mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Banjir: Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas - Steven Sim
Majikan diharap dapat bertoleransi dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi bencana seperti banjir.
KESUMA akan laksana pelbagai inisiatif perkasa kemahiran pekerja - Steven Sim
KESUMA menyediakan dana berjumlah RM3 bilion untuk sektor pengurusan latihan kemahiran bagi 2025.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
Dua juta pekerja disasar sertai kesatuan sekerja - Sim
Setakat September lepas, bilangan kesatuan sekerja di Malaysia telah mencapai 759 dengan keanggotaan seramai 1,030,151 orang.
Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.
Gaji minimum bukan gaji permulaan untuk semua pekerja - Sim
Kadar gaji minimum RM1,700 itu merupakan gaji untuk pekerja asas dengan kelayakan akademik dan kemahiran rendah termasuk pekerja sektor 3D.
Lebih 470,000 individu carum SKSSR setakat September - Sim
Sim berkata jumlah berkenaan mencecah 95 peratus daripada 500,000 yang disasarkan untuk mendaftar SKSSR tahun ini.
600,000 pekerja perlu pemahiran semula dalam tempoh lima tahun - Sim
Kira-kira 600,000 pekerja dikenal pasti memerlukan pemahiran semula dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang kesan daripada kecerdasan buatan (AI), digitalisasi dan ekonomi hijau.