Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengganggarkan kerosakan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kelantan berjumlah RM15.3 juta akibat banjir.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerosakan berkenaan melibatkan bangunan, kenderaan, peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan 19 balai polis di lima jajahan iaitu Kota Baharu, Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai dan Gua Musang.
"Kawasan yang paling terjejas teruk ialah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai di mana elemen-elemen yang saya sebut tadi terlibat tetapi kita merasa syukur kerana Pasir Puteh, Machang, Bachok serta Jeli tidak ada kerosakan," katanya kepada pemberita selepas melawat juruterbang ASP Amirul Adli Ahmad dan pembantu juruterbang ASP Hasli Hassan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, lewat malam tadi.
Kedua-dua mereka dan dua orang lagi yang menaiki helikopter PDRM terselamat apabila ia terhempas di Kampung Rambai Gobek, Tanah Merah, Rabu lepas ketika misi menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir.
Dua lagi mangsa dikenali sebagai Sarjan Mejar Mohd Hood Abd Majid dan Lans Koperal Arhafidah Zakaria.
Ahmad Zahid sebelum itu meluangkan masa meninjau kerosakan yang berlaku di bangunan IPK Kelantan dan Markas Operasi Bencana Banjir Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kelantan di sini.
Bernama
Thu Jan 08 2015
AHMAD ZAHID: Kerosakan melibatkan bangunan, kenderaan dan peralatan ICT di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan 19 balai polis di Kota Baharu, Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai dan Gua Musang.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Agihan pendapatan AHB 5.00 sen bagi tahun 2024
Agihan pendapatan akhir bagi dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Sept, 2024 sekali gus menjadikan jumlah agihan sebanyak lima sen b
APMM perlu perkasa aset, jaga pertahanan perairan negara - Ahmad Faridi
APMM yakin kerajaan tetap komited dalam melengkapkan aset laut dan udara agensi itu.
Koperasi berdaftar kumpul RM156.18 bilion aset tahun ini - Ewon
Sebanyak 14,975 koperasi berdaftar di seluruh negara berjaya mengumpul aset berjumlah RM156.18 bilion tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi.
29,103 pegawai, anggota dan 1,070 aset bomba sedia hadapi banjir
Seramai 29,103 pegawai dan anggota JBPM bersiap-sedia bersama 1,070 aset untuk digerakkan bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku.
RM3.8 juta aset sindiket dadah disita
Kejayaan itu susulan penangkapan seramai 4,336 individu berkaitan dadah dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Maritim Malaysia perlu tambah aset
Keupayaan aset yang ada ketika ini tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas yang makin mencabar.
AS digesa kembalikan aset milik Afghanistan
Kekurangan sumbangan antarabangsa menyebabkan Afghanistan melalui krisis ekonomi yang berpanjangan.