KUALA LUMPUR: Seramai 29,103 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap-sedia bersama 1,070 aset termasuk lima logistik udara untuk digerakkan bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohamad Hamdan Wahid berkata dari segi aset ia melibatkan 1,065 kenderaan angkut ringan, 127 kenderaan angkut berat dan 403 kenderaan marin serta lima pesawat helikopter yang disediakan bagi tujuan pemantauan, penyelamatan serta bantuan khidmat bencana ketika banjir.
Beliau berkata tiga pesawat berkenaan ditempatkan di Subang, Selangor; Bertam, Pulau Pinang dan Miri, Sarawak.
"Antara perancangan dan pengurusan JBPM negeri adalah bersedia menerima arahan daripada Pusat Pengurusan Operasi (PPO) untuk mengatur gerak sumber dan logistik ke Pusat Pangkalan Hadapan atau negeri terjejas banjir.
"Selain itu, sumber manusia dan logistik akan turut digerakkan dari negeri yang tidak terlibat banjir, selain bantuan dari negeri yang diarahkan oleh PPO perlu digerakkan dalam tempoh sejam selepas menerima arahan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mohamad Hamdan berkata pembekuan cuti juga akan dilakukan secara berperingkat melibatkan 80 peratus pegawai dan anggota.
Menurutnya terdapat 5,496 lokasi dikesan sebagai kawasan berisiko banjir di seluruh negara, manakala 186 lokasi dikenal pasti kawasan berisiko kepala air.
Sementara itu, Pengarah JPBM Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menyenaraikan enam elemen pengurusan dalam menghadapi bencana banjir di negeri itu, antaranya penambahan 50 peratus jentera iaitu daripada 43 unit bot kepada 64 unit bot pelbagai jenis.
"Bomba Selangor juga menubuhkan Incident Command System di peringkat ibu pejabat dan zon selain, mengenal pasti hotspot banjir di 339 kawasan di seluruh Selangor berikutan perubahan iklim yang tidak menentu pada masa sekarang," katanya.
Norazam menasihatkan masyarakat khususnya di Selangor agar sentiasa peka terhadap keadaan cuaca dengan merujuk agensi ramalan kaji cuaca untuk mendapatkan maklumat dan melakukan persediaan awal terutama bagi penduduk di kawasan berisiko banjir.
Pada Selasa lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementeriannya akan melaksanakan perolehan dua unit hospital medan tambahan melibatkan kos keseluruhan RM47 juta bagi menghadapi sebarang bencana dan kecemasan termasuk banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohamad Hamdan Wahid berkata pembekuan cuti juga akan dilakukan secara berperingkat melibatkan 80 peratus pegawai dan anggota. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Pemancing maut, rakan cedera dalam insiden bot karam di Sungai Baram
Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera apabila bot angin yang mereka naiki karam ketika dalam perjalanan untuk memancing di Sungai Batang Baram di sini hari ini.

RUU Perkhidmatan Bomba beri akses PBS terima sumber, kepakaran JBPM - Kor Ming
RUU Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini akan membolehkan Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) menerima akses kepada sumber dan kepakaran JBPM.

Tujuh sekeluarga nyaris maut, kereta langgar tiang elektrik
Tujuh sekeluarga nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang elektrik dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang di Parlimen pada Mac
Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.