Satu perkara yang biasa orang buat bila tiba Ramadan ialah Lailatul Qadar. Malam apa sebenarnya Lailatul Qadar itu?
Inilah antara kelebihan Ramadan, adanya satu malam yang dipanggil Lailatul Qadar. Firman Allah yang maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Quran) pada Lailatul Qadar." (Surah al-Qadr: 1)
Kelebihan beribadat pada malam ini bersamaan dengan ibadat selama seribu bulan. Seribu bulan bersamaan 84 tahun. Umur umat Muhammad biasanya pendek-pendek. Alangkah bertuahnya jika seumur hidup, kita mendapat Lailatul Qadar walaupun sekali. Kelebihan seribu bulan ini nyata dalam al-Quran yang maksudnya: "Malam Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr: 3)
Nabi s.a.w menggalakkan umatnya mencari Lailatul Qadar. Oleh itu, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Dan sesiapa yang bangun mendirikan Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu." (Riwayat Bukhari)
Agak-agaknya bilakah malam yang paling ideal?
Tidak ada sesiapa yang mengetahui Lailatul Qadar secara tepat. Walau bagaimanapun, ada saranan daripada Nabi s.a.w dengan sabdanya: "Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan." (Riwayat Bukhari)
Oleh kerana tarikh sebenarnya tidak diketahui, inilah hikmat sebenar Lailatul Qadar agar setiap individu Muslim sentiasa berusaha beribadat dan memperbanyakkan amalan. Amalan yang sedikit dan konsisten (istiqamah dan berterusan) lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi seketika sahaja.
Malam pertama Ramadan hingga kesepuluh Ramadan, masjid makmur dan penuh dengan para jamaah solat Isyak, solat Tarawih, tadarus Quran dan sebagainya. Selepas itu, masjid makin lengang.
Masing-masing sibuk dengan perhiasan hari raya, kuih-muih, bunga api dan sebagainya. Pada fasa yang ketiga iaitu malam dua puluh hingga akhir Ramadan, masjid makinlah lengang.
Sepatutnya kita kena mengubah fesyen sedikit. Fasa ketiga itu patutnya lebih ramai ke masjid untuk beribadat mencari Lailatul Qadar.
Ada tak cara mendapat Lailatul Qadar?
Caranya mudah iaitu dengan beribadat pada setiap malam bulan Ramadan dari awal hingga malam terakhir. Jika istiqamah, insya-Allah, akan ada suatu malam yang bernama Lailatul Qadar.
ACARA IBADAT AGAR MENDAPAT LAILATUL QADAR
1. Berbuka ala kadar mengikut sunah Nabi s.a.w dengan buah tamar, air dan sebagainya.
2. Solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Sabda Nabi s.a.w: "Sesiapa yang solat Maghrib dan Isyak pada Lailatul Qadar secara berjemaah, maka dia telah mengambil bahagiannya daripada Lailatul Qadar." (Tafsir al-Qurtubi)
3. Solat Tarawih
4. Tadarus al-Quran
5. Qiyamullail: bangun malam untuk bertahajud
6. Bersahur di akhir malam
7. Solat Subuh berjemaah
8. Menghindari perkara sia-sia
___________________________________
Petikan dengan izin daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya. Buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd itu ditulis oleh Datuk Ismail Kamus dan Mohammad Nidzam Abdul Kadir.
Datuk Ismail Kamus, Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Thu Jul 03 2014

Malam apa sebenarnya Lailatul qadar itu?

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sambut Ramadan dengan 'Roh Islam', bukan sekadar kebiasaan
Dalam kita menyambut Ramadan tahun ini, kita perlu berhati-hati. Jangan hanya menyambut Ramadan sebagai kebiasaaan ataupun sebagai adat tetapi sambutlah dengan Roh Islam.

280,000 jemaah Palestin penuhi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis
Kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin mencatat kedatangan 280,000 jemaah pada malam 27 Ramadan (17 April) yang sinonim dengan malam Lailatul Qadar bagi umat Islam.

Jutaan jemaah sambut malam ke-27 Ramadan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
Jutaan jemaah dari seluruh dunia berkumpul di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada malam ke-27 Ramadan untuk menunaikan ibadah tarawih dan amalan berkaitan.

Malam tujuh likur: Kesinambungan tradisi dan tuntutan agama
Pelita dinyala bagi memberi kemudahan kepada penduduk yang pulang lewat malam ke rumah untuk melakukan ibadah bagi memburu Lailatul Qadar

10 malam terakhir Ramadan: Pecutan terakhir umat Islam tambah amal kebaikan
Rasulullah bersabda dalam Hadis riwayat Bukhari yang bermaksud: Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.

Tip amalan Lailatul Qadar bagi wanita uzur
Bolehkah wanita yang mengalami keuzuran atau haid beribadat, dan bagaimana caranya?

Gamitan malam Lailatul Qadar
Keistimewaan malam Lailatul Qadar buat umat Islam berlumba-lumba mengejar untuk mendapatkan kelebihannya.

Malam apa sebenarnya Lailatul Qadar?
Satu perkara yang biasa orang sebuat bila tiba Ramadan ialah Lailatul Qadar. Malam apa sebenarnya Lailatul Qadar itu?