Noor Azam Shairi
Thu Apr 18 2013
SUATU masa dulu, lama sebelum kita melihat pelari pecut, Usain Bolt berlari dalam acara 100 meter dengan cukup bergaya, pernah ada seorang raja pecut yang sama hebat sepertinya. Namanya Ben Johnson.
Bolt dan Johnson memiliki gaya larian yang hampir sama — melonjak pantas dari blok pelepas, adakalanya seperti melompat dan kemudian meluru laju membuka langkah yang deras. Ketika pelari lain seperti hilang angin ketika sampai pada garis 50 atau 60 meter, mereka sebaliknya makin kencang dan selalunya berlagak selamba apabila tiba pada 10 meter yang akhir.
Mereka juga datang dari daerah yang sama — sebuah bandar di tepi pantai di utara Jamaica — Falmouth, namanya. Daerah itu barangkali tentulah agak istimewa kerana dari situ lahir dua jaguh pecut dunia yang menguasai acara tumpuan olahraga itu.
Tetapi Johnson tidak berlari untuk Jamaica. Semasa umurnya 15 tahun, dia ikut keluarganya berhijrah dan jadi warganegara Kanada. Sebagai orang baru — dan kerana kulitnya hitam — dia diejek, dipukul dan dibuli. Jalan keluar yang ada daripada tekanan itu ialah dia perlu membina harga diri sehingga dihormati, dan pada suatu hari, dia ikut satu acara lumba lari 100 meter.
"Saya kalahkan budak itu lebih kurang satu setengah meter dan sejak itu dia tidak lagi mengganggu saya," katanya.
Selebihnya, ada garis merah tebal yang memisahkan cerita hidup mereka — seorang dipuja dan dijunjung sebagai wira; seorang lagi sehingga hari ini masih dihina dan dilupakan oleh dunia.
Saya masih ingat tengahari September 1988 itu. Saya dan rakan-rakan duduk menunggu di depan televisyen di bilik menonton di asrama sekolah kami. Saya antara yang duduk di baris paling depan; bilik itu sesak sampai ke belakang. Mata kami terpaku menyaksikan siaran langsung dari Seoul menunggu lapan jaguh pecut dunia berlumba.
Apabila semua lapan pelari itu mengambil tempat, bilik menonton itu jadi tidak ubah seperti bilik mayat — senyap sunyi hinggakan, kata orang, boleh terdengar degup jantung sendiri. Debaran itu hanya sekejap — 9.79 saat kemudian, Johnson memecahkan rekod dunianya sendiri. Namun apa yang berlaku dalam tempoh tidak sampai tiga hari kemudian terpahat jadi titik hitam dalam sejarah Olimpik yang sampai hari ini tidak terpadam. Dia gagal ujian dadah — kemenangan dan rekodnya dibatalkan.
Saya menonton semula detik-detik tersebut dan seluruh peristiwa yang memalukan sukan olahraga itu minggu lalu dalam dokumentari 9.79*. Dokumentari itu diterbitkan oleh saluran sukan ESPN dalam siri 30 for 30. Siri itu menyingkap semula tokoh, peristiwa atau acara sukan Amerika Syarikat yang jadi tajuk berita tetapi sekarang sudah dilupakan.
Acara akhir 100 meter lelaki di Sukan Olimpik tahun itu adalah pertembungan peribadi antara Johnson dengan pelari dari Amerika, Carl Lewis. Kisah mereka ini ibarat cerita seteru Muhammad Ali dan Joe Frazier di dalam dan di luar gelanggang tinju.
Sehingga tahun 1985, mereka telah berlumba sebanyak lapan kali — Johnson kalah semuanya. Tetapi dalam masa dua tahun selepas dia pertama kali mengalahkan Lewis, Johson menang semua empat pertemuan. Kemuncaknya ialah pertembungan di Kejohanan Olahraga Dunia 1987 di Rome. Johson memecahkan rekod dunia yang sebelum itu dicatatkan oleh Calvin Smith dengan larian 9.83 saat.
Sejak pertemuan di Rome, dua jaguh pecut itu selalu berperang mulut di media. Johnson dijulang sebagai wira manakala Lewis sebaliknya berdepan tekanan apabila media mula mempersoalkan prestasinya yang semakin menurun termasuk dalam acara kegemarannya, lompat jauh. Dia memberikan bermacam-macam alasan termasuklah kononnya sakit perut dan kerana itu tidak dapat berlari dengan baik.
Dalam satu wawancara, Lewis tidak menyebut nama Johnson tetapi dia menyindir kononnya "ada pelari yang datang entah dari mana dan saya rasa mereka ini mengambil dadah". Di kalangan pemerhati dan pengkritik sukan, mereka sedar pengambilan dadah untuk meningkatkan prestasi bukan satu isu baru. Ingat, ini pada akhir dekad 1980-an.
Cumanya, apa yang menghairankan sesetengah orang ialah kenapa hanya selepas dia kalah barulah Lewis bercakap tentang ada atlet yang main tipu dengan mengambil dadah. Tetapi semakin banyak Lewis membuka mulutnya, semakin orang tahu rupa-rupanya dia kambing yang berbulu musang. Perseteruan mereka itu jadi latar kepada pertemuan Johnson dan Lewis di Seoul pada September 1988 itu.
Kejayaan Johnson itu permulaan kepada penamat kariernya yang sedang memuncak. Dia hilang segala-galanya dengan cukup dramatik — rakan taulan, penaja, nama baik dan apa yang lebih penting, masa depan. Sehingga hari ini, selepas 25 tahun, kisah kejatuhan raja pecut itu diulang-ulang hampir setiap kali Olimpik datang.
Tetapi sehingga hari ini juga orang tidak dapat mengatakan dengan pasti apakah Johnson sehina itu seperti yang ditulis dalam sejarah. Dia sehingga hari ini percaya telah dikhianati oleh seorang rakan Lewis yang memasukkan sejenis dadah ke dalam minumannya semasa dia menunggu giliran untuk diuji air kencingnya selepas perlumbaan akhir itu.
Selebihnya, daripada lima pelari teratas dalam perlumbaan hari itu, hanya seorang yang tidak pernah gagal ujian dadah iaitu Smith tetapi yang lain semuanya sangkut dalam kejohanan lain beberapa tahun kemudian.
Lewis juga tidak terkecuali. Pada 2003, muncul dokumen yang membuktikan bahawa dia pernah gagal ujian dadah sebelum Olimpik di Seoul. Bagaimanapun Majlis Olimpik Amerika Syarikat pejam mata sebelah dan menganggap dadah itu bukan untuk meningkatkan prestasi. Dalam satu wawancara dengan majalah Sports Illustrated, Lewis mengaku tetapi katanya juga, siapa tidak berbuat begitu?
Moral ceritanya: dalam pertandingan itu, semua orang menipu tetapi hanya mereka yang tertangkap saja yang akan kena. Dalam pertandingan lain pun sama — tidak semua orang jujur dan tidak semua orang ikut peraturan. Tetapi tidak semua orang yang menuduh orang lain menipu itu sebenarnya jujur. Mereka yang menuduh orang lain tidak jujur pun belum tentu jujur.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiri…
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Kisah kilang mancis ‘Ggesek’ di Kelantan difilemkan
Proses pembuatan mancis di kilang satu-satunya di negara ini yang terletak di Kelantan didokumentasikan menerusi filem Ggesek.
Pemilu 2024: Dokumentari ‘Dirty Vote’ dedah kecurangan Pilihan Raya Indonesia?
Indonesia hari ini kurang tenang dengan dokumentari Dirty Vote yang telah ditonton lebih 8 juta orang dalam tempoh kurang 24 jam.
Celine Dion hasilkan dokumentari perjalanan hidup derita penyakit SPS
Pemenang lima kali Grammy itu mengumumkan penghasilan I Am: Cline Dion sebagai salah satu cara dirinya untuk berkongsi dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit SPS yang dideritainya.
Siapkan pakaian seminggu, David Beckham dedah kehidupan hidap OCD dalam dokumentari
Saya menghidap OCD di mana saya harus menempatkan semuanya dalam satu garis lurus atau semuanya harus berpasangan, kata Beckham.
'MH370: The Plane That Disappeared' undang pertanyaan penonton, teori konspirasi atau dokumentari?
Siri tiga episod itu disasarkan untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku kepada penerbangan Malaysian Airlines yang hilang bersama 239 penumpang pada 2014 itu.
Dokumentari papar rakaman foto 'eksklusif' Ratu Elizabeth II bakal ditayangkan
Dokumentari berkenaan akan disiarkan sempena sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II.
Krisis Rusia-Ukraine: Sean Penn rakam dokumentari
Penn tiba di Ukraine pada akhir November tahun lepas dan telah melawat pangkalan tentera Ukraine di wilayah Donetsk.
Baju tidur Putera Charles digosok setiap pagi
Burrell yang bekerja dengan keluarga diraja Britain pada 1990-an juga mendedahkan Charles mempunyai beberapa permintaan yang spesifik bila tiba waktu mandi pagi.
Dokumentari JDT akan disiarkan di Discovery Asia esok
Dokumentari mengenai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) 'Fearless: Rise of the Southern Tigers' bakal disiarkan di saluran Discovery Asia, pada 9 malam (waktu Malaysia) esok.
Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif
Dalam keadaan tanpa vaksinasi pasti sukar bagi stesen atau penerbit luar untuk membuat dan membekalkan program baharu kerana risiko jangkitan akan berlaku.