Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (POTA) 2015 yang mendapat kelulusan dewan rakyat awal pagi tadi menerima maklum balas pelbagai daripada masyarakat.

Ramai bersetuju akta itu dikuatkuasakan bagi menimbulkan rasa gentar kepada golongan pengganas.

Walau bagaimanapun tidak kurang yang merasakan ia satu tindakan melanggar hak asasi manusia.

Seorang pengguna Twitter menulis, tiada sebab untuk pihak pembangkang bimbang dengan pelaksanaan itu.

Ahmad Kamal Abu Bakar pula berpendapat, sesetengah pihak tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri demi kesejahteraan negara.


Bagi Ahli Parlimen Belia Pahang, Firdaus Samad, kerajaan bertindak sebagai 'parental government'.

Kerana itu, langkah penting seperti pelaksanaan akta ini perlu demi kebaikan bersama.


August Teh turut berpandangan sama dengan menyatakan POTA satu keputusan tepat.


Bagaimanapun tidak semua menyambut baik keputusan ini kerana khuatir ia mendorong kepada pencabulan hak asasi manusia.



Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi ini, selepas dibahaskan lebih 12 jam.