Sebelum keghairahan dron mula melanda negara, peminat permainan alat kawalan jauh lebih tertumpu kepada 'radio controlled' atau 'aircraft RC'.
Malah sejak berita kehilangan pesawat MH370 tersebar, timbul kesedaran dan minat orang ramai tentang apa sahaja yang berkaitan dengan dunia penerbangan.
Malah sejak berita kehilangan pesawat MH370 tersebar, timbul kesedaran dan minat orang ramai tentang apa sahaja yang berkaitan dengan dunia penerbangan.
Oleh kerana bukan semua orang mampu membeli sebuah pesawat komersial sendiri, peminat kapal terbang memilih untuk memiliki 'aircraft RC'.
Sesebuah pesawat RC berharga dalam lingkungan RM300 malah boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada saiz & model kapal terbang.
Kelab RC pilot Putra Heights Air FIeld di Putra Indah Seksyen 9 mula ditubuhkan melalui Facebook sejak setahun lalu. Sehingga kini kelab itu mengumpul lebih 20 orang ahli yang berkongsi minat yang sama.
Bagi Sunny Azizan, 37, timbul minat untuk mendalami dunia penerbangan sejak kehilangan pesawat MH370. Oleh kerana pesawat RC boleh dianggap mampu milik baginya, dia meneruskan minat ini menjadi hobi.
Pesawat RC jenis Glinder pertama yang dimilikinya berharga RM400 dan dalam tempoh setahun ini, dia telah memiliki 7 buah model RC.
Itu termasuk pesawat RC model Chipmunk, BF-109 Messerscmitt, Trainer 60, F4U Corsair & Zaggy.
Muhammad Riza Rozali, 29, berpengalaman 8 tahun mengendalikan beberapa pesawat komersil termasuk ATR72-500 dan ATR72-600.
Tugas sebagai seorang jurutera penerbangan MAS memudahkannya untuk mengendali aspek teknikal dan memahami dengan mudah ciri-ciri sesebuah pesawat RC.
Riza menjelaskan setiap pengendali pesawat, helikopter mahupun dron perlu memahami undang-undang udara & mengutamakan keselamatan diri serta orang lain.
Sesebuah pesawat RC boleh diterbangkan setinggi 400 kaki sahaja atau bersamaan 129 meter.
Mereka juga perlu lebih bertanggungjawab dengan hanya menerbangkan pesawat RC di kawasan lapang dan mengelak daripada menghampiri lapangan terbang.