Perlawanan Liga Perdana Inggeris Barclays (BPL) antara Liverpool dan Tottenham Hotspur merupakan topik paling hangat dibincangkan di Twitter hari ini.
Dalam perlawanan itu Liverpool menang 3-2 menerusi gol kemenangan yang dijaringkan Mario Balotelli.
Gol tersebut merupakan yang pertama buat Balotelli dalam BPL sejak berpindah ke Liverpool dari AC Milan dengan nilai £16 juta Ogos tahun lepas.
Sebelum ini penyerang Itali yang disukai peminat Liverpool sering dikritik atas persembahannya yang hambar.
Namun Balotelli membuktikan kemampuannya dengan mendapatkan mata penting buat Liverpool untuk terus bersaing berada dalam kelompok empat pasukan terbaik liga.
Ramai yang hairan kenapa Balotelli tidak senyum selepas menjaringkan gol itu.
Balotelli kemudian memuat naik fotonya tersenyum di Instagram dengan menyatakan senyumannya hanya kepada orang yang sentiasa menyokongnya sahaja.
Peminat memuji Balotelli yang kembali bersinar dalam skuad Liverpool.
Tumpuan lain pada perlawanan itu ialah tweet daripada isteri kepada pemilik Liverpool, John W Henry, Linda yang mengucapkan tahniah kepada pemain Liverpool.
Selain itu ramai yang memuji penampilan Linda di Anfield.
Sementara itu, Nick Hughes menyindir peminat Liverpool yang memulakan kempen menyingkir pengurus Liverpool Brendan Rodgers.
Liverpool kini masih belum tewas dalam sembilan perlawanan dalam BPL sekaligus mempamerkan kebangkitan selepas permulaan yang hambar awal musim ini.
Ian Johan Ariff
Wed Feb 11 2015
Mario Balotelli kembali bersinar. Gambar - AP.
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat 8 malam tadi.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
UCL: Mac Allister, Mohamed Salah bantu Liverpool benam Bologna
Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah menjadi watak penting dalam membantu The Red meraih dua kemenangan berturut-turut.
EPL: Penalti Salah bawa Liverpool ke puncak liga
Salah meledak gol kemenangan selepas Nelson Semedo menjatuhkan bekas bintang Wolves, Diogo Jota.
UCL: Semusim menyepi, Liverpool kembali dengan aksi garang di San Siro
Mengubah suasana perlawanan, Ibrahima Konate menyamakan kedudukan pada minit ke-23 untuk menyempurnakan sepakan sudut Trent Alexander-Arnold.
Dua gergasi Eropah berminat dapatkan Mohamed Salah
Juventus dan Paris Saint-Germain (PSG) menunjukkan potensi untuk mendapatkan khidmat Salah bagi memperkuat pasukan masing-masing.
Luis Suarez umum persaraan
Bekas penyerang Liverpool dan Barcelona, Luiz Suarez, umum persaraan dalam arena bola sepak antarabangsa pada sidang media di Montevideo.
“Saya bukan Harry Potter” - Ten Hag pertahan Man Utd selepas ditewaskan Liverpool
Man Utd masih punya peluang besar untuk menjulang trofi musim ini walaupun mereka tewas 3-0 di tempat sendiri kepada Liverpool.
“Ini musim terakhir saya di Liverpool,” kata Salah
"Tiada sesiapa dalam kelab yang bercakap dengan saya mengenai kontrak. Ia bukan terpulang kepada saya, ia terpulang kepada kelab."
EPL: Liverpool ajar cara atasi kelab bawahan
Liverpool kini mengumpul enam mata daripada dua perlawanan dan bakal bertemu Manchester United dalam aksi ketiga liga.
EPL: Saya bukan Jurgen Klopp - Arne Slot
Kata pengendali The Kop itu, ikatan antara dia dan penyokong akan bertambah apabila mereka belajar mencintai cara bola sepaknya.
EPL: Liverpool bermula garang era Slot
Ipswich menyajikan persembahan hebat dalam perlawanan EPL pertama mereka itu sejak 2002, tetapi Liverpool ternyata lebih handal.