MOHAMED Salah menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan ketika Liverpool melebarkan penguasaan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada sembilan mata dengan menewaskan Manchester City 2-0 di Anfield awal pagi tadi.

Salah, yang terlebih dahulu terlepas peluang untuk menggandakan kelebihan Liverpool, memastikan kemenangan itu dengan sepakan penaltinya pada minit ke-78 selepas Stefan Ortega menjatuhkan Luis Diaz.

Sebelum itu, bintang Mesir berkenaan melakukan umpanan untuk disudahkan Cody Gakpo sebagai gol pembukaan The Reds pada minit ke-12.

Keputusan itu menyaksikan City tewas buat kali keempat berturut-turut dalam saingan liga, sekali gus tergelincir ke tangga kelima ketika ini dan impian mereka untuk mempertahankan kejuaraan kian pudar. -- Stadium Astro