Pasangan warga emas yang mengikuti kelas pengajian agama di Pusat Pendidikan Al Barakah di sini bertemu jodoh apabila pengasas dan pengetua pusat pendidikan itu Datuk Mohd Kazim Elias menjadi 'orang tengah' penyatuan pasangan berkenaan.
Hussain Abdul Rahman, 84, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Kamsiah Adam, 66, pada majlis yang berlangsung di surau pusat pendidikan berkenaan hari ini.
Hussain ketika ditemui pemberita berkata beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas mengenali hati budi pasangannya sejak dua bulan lalu semasa mengikuti kelas pengajian di pusat pendidikan tersebut.
"Alhamdulillah, saya berterima kasih dengan cadangan Ustaz Kazim sebab dia melihat saya keseorangan sejak saya mula mengikuti kelas di sini tiga bulan lalu.
"Ini perkahwinan saya yang ketiga dan saya berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat. Saya berkahwin kerana mahu menjalankan amal ibadat dengan lebih tenang di sini apabila ada insan yang sudi menjaga saya," kata bapa kepada tujuh anak serta 17 cucu itu.
Sementara itu, Kamsiah yang kematian suami sejak 37 tahun lepas berkata beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga kerana terpikat dengan peribadi Hussain yang taat mengamalkan ajaran agama selain mahu menjaga pasangannya itu yang mengalami sakit lutut.
"Kami merancang untuk terus tinggal di sini dan mendalami ilmu agama dan menjalankan ibadah bersama-sama sehingga akhir hayat," katanya yang mempunyai tiga orang anak dan empat cucu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh adik Kamsiah iaitu Hamzah Adam dengan disaksikan Timbalan Pendaftar Ipoh, Mohd Azarudin Mohamad Saarani.
Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata pasangan itu merupakan pasangan yang keenam membabitkan pelajar kelas pengajian agama yang bertemu jodoh di pusat pendidikan berkenaan.
"Beliau (Hussain) merupakan pelajar yang paling senior dari segi usia di sini. Kami bersyukur dapat menyatukan mereka sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 22 2018

Pendakwah terkenal yang juga Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah Datuk Mohd Kazim Elias (tengah) sempat berjenaka dengan pasangan warga emas Hussain Abdul Rahman, 84, dan Kamsiah Adam, 66, selepas majlis akad nikah. - Foto Bernama

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Guru tuisyen ditemukan mati dengan kesan kelar di leher
Wanita itu ditemui dalam keadaan terlantar berlumuran darah di atas lantai di tingkat dua sebuah rumah kedai yang dijadikan pusat tuisyen.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.

Mydin Meru Raya beroperasi seperti biasa
Pengurusan Mydin Meru Raya memaklumkan, pengoperasian itu dilakukan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pihak JBPM.

Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.

Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.

Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.

Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.