Cabaran yang ditempuhi warga dunia tahun lalu sehingga saat ini cukup luar biasa lantaran penularan pandemik COVID-19 yang masih belum reda sepenuhnya.
Apa yang dilalui pada Ramadan 1441 Hijrah atau tahun 2020 Masihi pastinya tidak mahu berulang kembali.
Solat wajib dan sunat, tadarus al-Quran, tarawih dan pelbagai aktiviti pengimarahan Ramadan di masjid atau surau tidak dibenarkan.
Tiada majlis berbuka puasa beramai-ramai dan banyak lagi rutin setiap Ramadan yang lalu, tidak dapat dilakukan.
Selain ibadah, kegiatan perniagaan hambar dan kemeriahan di bazar Ramadan ibaratnya sudah hilang serinya.
Namun, tahun ini, kerajaan telah memutuskan beberapa kelonggaran yang pastinya bakal mengubat rindu umat Islam kepada Ramadan yang cukup luar biasa tahun lalu.
BACA: SOP ibadah sepanjang Ramadan di masjid, surau diumum dalam masa terdekat - Zulkifli
1. Solat berjemaah di masjid, surau
Kerajaan persekutuan dan negeri telah bersetuju memberi kebenaran kepada semua masjid dan surau untuk melakukan aktiviti pengimarahan Ramadan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Solat sunat tarawih termasuk majlis keagamaan seperti tadarus al-Quran dibenarkan.
Bagaimanapun, ada negeri yang melarang program tazkirah sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih.
Solat sunat tarawih termasuk majlis keagamaan seperti tadarus al-Quran dibenarkan.
Bagaimanapun, ada negeri yang melarang program tazkirah sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih.
BACA: Solat tarawih, Bazar Ramadan dibenarkan di Kelantan
2. Bazar Ramadan dan Aidilfitri
Bazar Ramadan menjadi antara rutin setiap tahun yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh para pembeli, tetapi juga mereka yang bergelar peniaga.
Ada antara peniaga yang sanggup mengambil cuti tanpa gaji, semata-mata untuk memfokuskan perniagaan sepanjang Ramadan.
Bukan hanya juadah berbuka puasa mahupun biskut raya, malah kelengkapan solat, pakaian sehinggalah persiapan hari raya dan pelbagai lagi keperluan dijual semasa Bazar Aidilfitri.

3. Majlis berbuka puasa di masjid, surau
Beberapa Majlis Agama Islam Negeri telah memberi kelulusan membenarkan masjid atau surau mengadakan majlis berbuka puasa.
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada SOP ketat yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing, termasuk syarat keluasan premis, jumlah jemaah dan pelbagai lagi.
Bagi negeri yang tidak membenarkan majlis berbuka puasa di masjid atau surau, jawatankuasa kariah digalakkan memberi sumbangan berbuka puasa kepada golongan yang memerlukan dan menyediakan makanan secara berbungkus selepas tarawih untuk dibawa pulang oleh jemaah.

BACA: Bazar Ramadan dibenarkan di seluruh Sarawak
Namun, masih ada segelintir antara kita yang akan meraikan 1 Ramadan sama seperti tahun lalu.
Secara kebiasaan, ramai yang mengambil cuti pada 1 Ramadan untuk pulang ke kampung, berpuasa serta beribadah bersama keluarga tercinta.
Larangan rentas negeri yang masih dikuatkuasakan sehingga 14 April ini, pastinya akan terus menghambat rasa hiba dalam diri mereka yang bergelar perantau pada 1 Ramadan yang dijangka jatuh pada 13 April ini.