KUALA LUMPUR:Naluri adakalanya memainkan peranan dalam membawa kejayaan kepada seseorang individu.
Itu kisah sepasang suami isteri yang kini merupakan pengeluar kanta lekap berjaya bukan sahaja pasaran tempatan tetapi juga di luar negara.
Selvam Kanniah dan isteri, Viji Ramasamy Pillai mula meneroka pasaran kanta lekap pada pertengahan tahun 2000.
Viji ketika itu bertugas sebagai dalam bidang pemasaran minyak wangi, bertemu dengan seorang pelanggan yang bertanyakan tentang di mana mahu mendapatkan kanta lekap berjenama di Singapura.
Di situlah perjalanan mereka bermula.
Namun perniagaan ini tidak semudah yang disangka, apatah lagi kanta lekap merupakan aksesori dalam kategori perubatan.
"Cuba mengatasi cabaran di peringkat awal tidak mudah melainkan anda ada duit yang banyak dalam poket.
"Ramai yang cuba masuk dalam bidang ini tapi belum berjaya sebab memang tidak mudah, anda perlu bertindak secara bijak.
"Apa yang kami buat ialah cari rakan pengeluar, kami buat perjanjian, apa yang kami kawal ialah reka bentuk.
"Apa yang penting kena tahu banyak cabaran dalam bidang ini, perlu diatasi satu persatu.
"Penting juga untuk ada lesen, ini satu cabaran buat kami kerana lesen ini perlu untuk masuk ke pasaran negara luar.
"Ramai yang tidak tahu kanta lekap merupakan aksesori perubatan, tak boleh dijual begitu sahaja.
"Di peringkat awal kami memang tidak tahu, kami hanya tahu apabila nak eksport ke luar dan ada yang mula bertanya tentang lesen," katanya ketika ditemu bual Datuk Seri Wong Chun Wai, Penasihat Kumpulan Star Media Group Berhad menerusi Facebook Live, pada Jumaat.
Selvam dan Viji mengasaskan Maxvue Vision Sdn Bhd yang memfokus pada pasaran eksport selepas mengukuhkan kedudukan sebagai trader dalam perniagaan tersebut.
Membawa nama negara ke pasaran luar sememangnya agak mencabar terutama di Eropah, namun status Malaysia sebagai negara Islam diakui Selvam mempunyai kelebihan bagi pasaran Asia Barat.
"Penduduk negara Asia Barat sangat kenal dengan Malaysia, mereka sangat teruja dan rasa dekat dengan kita kerana sama-sama negara Islam.
"Jadi itu satu kelebihan bagi kita malah salah satu fokus utama kita adalah pasaran Asia Barat.
"Di Eropah dan Barat, mereka sentiasa ada syak wasangka dan keraguan berkaitan kualiti, mereka lebih suka produk buatan Eropah juga tetapi kami berikan rujukan, yang kami juga ada pelanggan di Eropah.
"Satu perkara yang kita berjaya buat adalah menembusi pasaran Australia dan bekerjasama dengan Luxottica, yang merupakan jenama aksesori mata yang sangat besar dan gah.
"Mereka mempunyai banyak outlet dan produk, hampir semua jenama besar dimiliki mereka," tambahnya.
Maxvue kini beribu pejabat di Seremban dengan pasaran menembusi lebih 60 negara termasuk United Kingdom, Jerman, Itali, Mesir, Iran, Australia dan Kanada.
"Kami percaya pada organic growth, di mana perniagaan menggembleng tenaga dan sumber yang dimiliki untuk memajukan diri.
"Selama ini, itulah cara kami berkembang. Tidak perlu terburu-buru," ujarnya.
Madiha Abdullah
Sat Nov 14 2020
![Tembus pasaran lebih 60 negara, usahawan kanta lekap ini kongsi rahsia kejayaan Tembus pasaran lebih 60 negara, usahawan kanta lekap ini kongsi rahsia kejayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605333240_TBVidCall.jpg)
Selvam ketika temu bual bersama Chun Wai melalui Facebook Live. -Facebook Wong Chun Wai
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![Tembus pasaran lebih 60 negara, usahawan kanta lekap ini kongsi rahsia kejayaan Tembus pasaran lebih 60 negara, usahawan kanta lekap ini kongsi rahsia kejayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605333240_TBVidCall.jpg)
Tembus pasaran lebih 60 negara, usahawan kanta lekap ini kongsi rahsia kejayaan
Kisah kejayaan sepasang suami isteri sebagai pengeluar kanta lekap bukan sahaja pasaran tempatan tetapi juga di luar negara.