PENGASAS Telegram Messenger kini mengumumkan perkhidmatan aplikasi permesejan tersebut akan memperkenalkan sebuah gedung aplikasi mini, atau dipanggil “Mini App Store” pada bulan ini.

Di samping itu, Telegram juga turut akan menambah sokongan untuk pelayar web dengan laman Web3 seawal bulan ini.

Ia dikatakan pelbagai projek-projek rantaian blok yang menggunakan Telegram sebagai salah satu medium, dan Telegram dilihat ingin memposisikan produk dengan lebih baik untuk golongan ini.

Hal ini selari juga dengan integrasi kriptowang TON pada perkhidmatan berkenaan.

Sebelum ini sendiri, beberapa permainan mini telah menerima perhatian pada perkhidmatan permesejan tersebut, yang turut mengintegrasikan elemen kriptowang.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diperkenalkan oleh Telegram tidak lama lagi. -Amanz