KOTA TINGGI: Kapal MT Ceres 1 yang dilaporkan meninggalkan lokasi selepas perlanggaran dengan kapal tangki MT Hafnia Nile di kedudukan 25 batu nautika, Timur Laut Tanjung Balau, pada Jumaat, telah ditemui awal pagi tadi.
Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, kapal tangki MT Ceres 1 yang berdaftar di Sao Tome and Principe itu ditemui di kedudukan 28 batu nautika timur laut Pulau Tioman.
Katanya ketika ditahan kapal terbabit sedang ditunda dengan dua buah bot tunda.
"Kapal peronda luar pesisir (OPV) KM PEKAN Maritim Malaysia telah berjaya mengesan dan memintas kapal tangki MT Ceres 1 pada sekitar jam 1.20 pagi tadi dan turut menahan kedua-dua buah bot tunda yang dipercayai dari Singapura, yang disyaki terlibat membawa lari kapal tangki MT Ceres I.
"Pihak Maritim Malaysia dengan kerjasama pihak Jabatan Laut Malaysia (JLM) akan melaksanakan siasatan lanjut insiden itu dengan penemuan semula kapal MT Ceres 1 terbabit.
"Sementara itu, hasil tinjauan udara pesawat amfibia Bombardier CL 415 MP milik Maritim Malaysia yang telah menjalankan tinjauan udara semalam menemui sedikit kesan tumpahan minyak di lokasi kejadian.
"Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut dimaklumkan mengenai penemuan ini dan akan melakukan pemantauan lanjut dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, dalam sidang media Zin Azman menyatakan MT Ceres 1 yang membawa 40 kru dilaporkan hilang dan gagal dikesan selepas pelanggaran tersebut yang turut menyebabkan kebakaran kapal, pada awal pagi Jumaat.
Kapal terbabit dipercayai meninggalkan kawasan pelanggaran dengan menutup sistem pengenalan automatik.
Siti Nur Aqilla Omar
Sun Jul 21 2024
![Kapal berlanggar, terbakar: Maritim Malaysia berjaya kesan, pintas kapal tangki MT Ceres 1 Kapal berlanggar, terbakar: Maritim Malaysia berjaya kesan, pintas kapal tangki MT Ceres 1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721542394_KapalMTCERESI.jpg)
Kapal tangki MT Ceres 1 yang berdaftar di Sao Tome and Principe itu ditemui di kedudukan 28 batu nautika timur laut Pulau Tioman. - Gambar/ Maritim Malaysia
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Kapal Maritim Malaysia terbakar ketika berlabuh di Kuala Baram Kapal Maritim Malaysia terbakar ketika berlabuh di Kuala Baram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730434844_KapalprondaAPMM.jpg)
Kapal Maritim Malaysia terbakar ketika berlabuh di Kuala Baram
Sebuah kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berlabuh di Kuala Baram, Miri di Sarawak terbakar lewat malam tadi.
![Kapal berlanggar, terbakar: Maritim Malaysia berjaya kesan, pintas kapal tangki MT Ceres 1 Kapal berlanggar, terbakar: Maritim Malaysia berjaya kesan, pintas kapal tangki MT Ceres 1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721542394_KapalMTCERESI.jpg)
Kapal berlanggar, terbakar: Maritim Malaysia berjaya kesan, pintas kapal tangki MT Ceres 1
Kapal MT Ceres 1 yang dilaporkan meninggalkan lokasi selepas perlanggaran dengan kapal tangki MT Hafnia Nile di kedudukan 25 batu nautika, Timur Laut Tanjung Balau, pada Jumaat, telah ditemui.
![14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam 14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710474857_tbHTMSKhirirat.jpg)
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
![Tentera Laut India bantu kapal terbakar terkena peluru berpandu Yaman Tentera Laut India bantu kapal terbakar terkena peluru berpandu Yaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706365486_TBhouthi.jpg)
Tentera Laut India bantu kapal terbakar terkena peluru berpandu Yaman
Peluru berpandu balistik anti-kapal itu mengenai kapal tangki produk petroleum Marlin Luanda di Teluk Aden pada Jumaat.
![Kapal Maritim Malaysia terbakar Kapal Maritim Malaysia terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683980268_KapalMaritimMalays.jpg)
Kapal Maritim Malaysia terbakar
Sebuah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang dalam penyelenggaraan dilaporkan terbakar di dermaga Kampung Baru di sini pada Sabtu.
![Pasukan forensik siasat punca kebakaran kapal MT Pablo - Maritim Pasukan forensik siasat punca kebakaran kapal MT Pablo - Maritim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683537200_kapalMTPablo.jpg)
Pasukan forensik siasat punca kebakaran kapal MT Pablo - Maritim
Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengenal pasti punca kejadian kebakaran kapal MT Pablo.
![Kapal lama dalam proses pelupusan terbakar Kapal lama dalam proses pelupusan terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619738520_Kapal.jpg)
Kapal lama dalam proses pelupusan terbakar
Kapal yang dalam proses pelupusan itu terbakar 40 peratus.