KOTA TINGGI: Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengenal pasti punca kejadian kebakaran kapal MT Pablo, pada 1 Mei lepas.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim Laksamana Muda Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata usaha itu dilakukan bagi mengesan punca kejadian itu berlaku.
Bagaimanapun, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga kru kapal tangki berkenaan yang masih hilang akan diteruskan, sekiranya petunjuk baharu dijumpai.
"Buat masa ini, berdasarkan apa yang kita siasat dan tanya kepada 'master', 'chief engineer' dan rakan-rakan yang selamat, mereka menyatakan mangsa masih berada di kapal dan tak nampak mangsa jatuh ke laut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Op Redback ke-18 di Zon Maritim Tanjung Sedili, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Pengarah Maritim Negeri Johor dan Kaunselor Australian Border Force (ABF) Superintendan John Flaming.
Terdahulu, berdasarkan hasil pencarian dan penilaian keselamatan kapal, pihak Pusat Sub Penyelamat Maritim Johor Bahru telah menangguhkan SAR pada Jumaat lepas, sehingga petunjuk baharu ditemukan.
Dua daripada kru kapal yang hilang itu dikenal pasti sebagai warganegara India iaitu Satyam Tripathi, 26, dan Dinesh Kumar Chauhan, 34, manakala seorang lagi ialah warga Ukraine iaitu Sabit Shenderovskyi, 37.
Kapal tangki MT Pablo berdaftar di Gabon, Afrika terbakar kira-kira 50 peratus pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili di Kota Tinggi pada 1 Mei lepas.
Berhubung Operasi Redback ke-18 pula, Aminuddin berkata ia merupakan kerjasama dua negara yang telah dilaksanakan sejak 10 tahun lepas antara Maritim Malaysia dengan ABF dalam usaha membanteras dan mengekang aktiviti jenayah di laut khususnya aktiviti jenayah rentas sempadan.
Beliau berkata turut diadakan bengkel tiga hari sempena Operasi Redback itu melibatkan sebanyak 25 pegawai daripada pelbagai agensi.
Dalam pada itu, ABF turut berkongsi kepakaran dengan agensi penguat kuasa tempatan dalam bidang keselamatan termasuk pelaksanaan risikan dan operasi, bagi mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan, kata beliau.
"Program ini bertujuan memperkasa anggota penguat kuasa termasuk Maritim, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia melalui teoritikal, praktikal serta taktikal dalam menangani isu-isu berkaitan jenayah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga kru kapal tangki berkenaan yang masih hilang akan diteruskan, sekiranya petunjuk baharu dijumpai. - Gambar fail
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia di kediaman keluarganya di Johor Bahru awal pagi tadi.
"Jangan buat ukuran begitu. Itu hanya memberi sedikit petanda" - PM
Perdana Menteri memaklumkan analisis dari 248 petunjuk SDG terkini, Malaysia berada dalam kedudukan yang agak baik iaitu sebanyak 43 peratus berbanding purata dunia sebanyak 17 peratus.
#AWANInews
#AWANInews
Ruslin Jusoh dilantik KP AADK yang baharu mulai hari ini
Ruslin berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995.
Minta maaf atau siap sedia 'pecah tabung' - Peguam ‘Abang Bas’
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu termasuk kalangan selebriti yang melemparkan kata-kata nista terhadap lelaki itu.
Mahkamah arah MHO, dua pihak lain padam kenyataan kaitkan Mashitah dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Mereka diarah untuk memadamkan kenyataan didakwa berbaur fitnah mengaitkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
AWANI Ringkas: 392 kanak-kanak diselamatkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Tanam semangat melakukan perubahan selari dengan keadaan semasa."- PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa dahulunya cabaran iklim tidak begitu memberi kesan, berbanding sekarang ianya lebih melebar dan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat pengawal keselamatan ditemukan dalam but kereta
Seorang pengawal keselamatan dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di dalam but sebuah kereta di Sabak Bernam.
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia di Poland, Republik Czech waspada susulan banjir
Rakyat Malaysia berkunjung ke kawasan terjejas banjir di Poland dan Republik Czech dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan.
[TERKINI] Majlis perasmian Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir majlis perasmian Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia (SDG Summit 2024) di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).
Pasukan forensik siasat punca kebakaran kapal MT Pablo - Maritim
Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengenal pasti punca kejadian kebakaran kapal MT Pablo.