KUALA LUMPUR: Aktiviti jenayah siber di Telegram meningkat sebanyak 53 peratus pada Mei hingga Jun 2024 berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data Perisikan Jejak Digital Kaspersky.
"Penjenayah siber secara aktif mengendalikan saluran dan kumpulan di Telegram khusus untuk membincangkan skim penipuan, mengedarkan pangkalan data yang bocor dan berdagang dalam pelbagai perkhidmatan jenayah seperti menunaikan wang, memalsukan dokumen, menyediakan perkhidmatan serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS)," kata Kaspersky kata dalam satu kenyataan pada Selasa.
Serangan DDoS adalah serangan terhadap rangkaian komputer, ia terjadi disebabkan sistem rangkaian komputer sesebuah organisasi atau syarikat telah dijangkiti Trojan, sejenis perisian hasad (malware) yang menyamar kewujudannya sebagai salah satu sistem pengendalian yang sah seperti sistem urus niaga bank, aplikasi perkhidmatan dan lain-lain.
Penganalisis Perisikan Jejak Digital Kaspersky Alexey Bannikov berkata minat yang semakin meningkat dalam Telegram daripada komuniti penjenayah siber kebanyakannya disebabkan oleh perkhidmatan 'messenger' (perkhidmatan pemesejan) yang sangat popular sehingga mencapai 900 juta pengguna sebulan.
"Kedua, ia dipasarkan sebagai perkhidmatan pemesejan paling selamat dan bebas yang tidak mengumpul sebarang data pengguna, justeru 'threat actors' (pelaku serangan siber) menganggap ia adalah selamat dan tidak akan dikenakan sebarang hukuman.
"Selain itu, mencari atau menubuhkan komuniti di Telegram adalah mudah dan pelbagai faktor lain, membolehkan pelbagai saluran dalam Telegram termasuk milik penjenayah siber, mengumpulkan pengikut dengan cepat," katanya.
Bannikov berkata terdapat satu lagi trend iaitu Telegram telah muncul sebagai platform oleh penggodam untuk membuat kenyataan dan meluahkan pandangan mereka."
"Disebabkan pangkalan penggunanya yang luas dan pengedaran kandungan pantas melalui saluran Telegram, penggodam mendapati platform itu sebagai alat mudah untuk melakukan DDoS dan kaedah gangguan lain terhadap infrastruktur disasarkan.
"Selain itu, mereka boleh mengeluarkan data yang dicuri daripada organisasi diserang ke dalam domain awam menggunakan saluran bayangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Penjenayah siber secara aktif mengendalikan saluran dan kumpulan di Telegram. - Foto fail/Amanz

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.
Siklon Alfred: Penduduk bergelut dengan pokok tumbang, bekalan elektrik terputus
Kira-kira 316,540 penduduk terputus bekalan elektrik di tenggara Queensland, dengan bandar Gold Coast merupakan kawasan paling teruk terjejas.
Darurat diisytiharkan di Long Island, New York
Darurat diisytiharkan di New York pada Sabtu ketika kebakaran hutan terus merebak di Long Island, memaksa penduduk dipindahkan dan mengakibatkan gangguan besar.
Penunjuk perasaan berhimpun, tuntut keadilan dan keselamatan kanak-kanak
Mereka turut mendesak kerajaan untuk bertanggungjawab penuh serta memberikan jaminan keselamatan kanak-kanak di negara itu terpelihara.

Masters Orleans: Strategi pukulan sempurna Wan Aris- Roy King undang padah - Rexy
Strategi pasangan beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King untuk menghasilkan pukulan sempurna mengundang padah apabila tersingkir di separuh akhir Masters Orleans 2025, pada Sabtu.
Malaysia mahu tetapkan standard baharu tadbir urus global
Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global, berasaskan nilai-nilai berkekalan seperti keterangkuman, kepelbagaian dan perancangan berorientasikan masa hadapan.
AI perlu diperkenalkan di sekolah rendah, tanpa tambah sukatan sedia ada
Penggunaan kecerdasan buatan (AI) di peringkat sekolah rendah wajar diperkenalkan secara berperingkat dengan pendekatan lebih organik, tanpa menambah beban sukatan pelajaran sedia ada.

Japan Airlines terjejas serangan siber
Pelanggan kini boleh membeli tiket untuk penerbangan domestik dan antarabangsa selepas gangguan sementara.

Kementerian Pertahanan teliti pendekatan terbaik bangunkan armada digital
Kementerian Pertahanan sedang meneliti pendekatan terbaik dalam membangunkan ketumbukan dan armada digital secara besar-besaran.

Singapura hentikan aplikasi Mobile Guardian pelajar selepas serangan siber
Kementerian Pendidikan Singapura akan menghentikan penggunaan Aplikasi Mobile Guardian daripada peranti pembelajaran peribadi pelajar.

Lebih 79 peratus rantaian bekalan perisian di Malaysia terdedah kepada serangan siber
Lebih 79 peratus rantaian bekalan perisian di Malaysia terdedah kepada serangan siber dalam tempoh 12 bulan lepas berbanding 76 peratus secara purata di peringkat global.

Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.

Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan
Sebanyak 78.4 peratus daripada responden Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu serangan siber pada tahun lepas dengan lebih 55 peratus menghadapi serangan setiap bulan atau mingguan.

Microsoft anggar 8.5 juta komputer Windows terkesan masalah kemas kini Crowdstrike
Microsoft menyatakan impak ekonomi yang dibawakan kesan daripadanya adalah sangat besar.

Operasi agensi kerajaan tidak terjejas oleh insiden gangguan IT global - TPM Fadillah
Gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku sejak semalam tidak menjejaskan operasi agensi kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Gangguan IT global: CrowdStrike dakwa sudah aktifkan "penyelesaian"
CrowdStrike berkata pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.

Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas
Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.