Pemain bola sepak terkenal Luis Suarez pernah menimbulkan kontroversi akibat menggigit bahu pemain Itali, Giorgio Chiellini di Piala Dunia 2014.

Kini lain pula kerenah si Suarez apabila dia memilih untuk 'menggigit' sajian popular rakyat Malaysia.

Suarez berpeluang mencuba makanan popular Malaysia, antaranya sate, nasi lemak, popiah, roti canai, dan char kuey teow dalam satu video yang dimuatnaik dalam Youtube.

Video milik Tourism Malaysia di bawah kempen 'Malaysia Truly Asia' itu bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

Dalam video Cuisine Challenge itu, Suarez terlebih dahulu disajikan roti canai dan kari ayam.

"Sate ayam ini sangat lazat. Saya sangat menyukainya."



Dalam akaun Instagramnya, dia memuat naik fotonya sedang menikmati juadah popular di Malaysia itu dan menjadi bualan hangat para netizen.



Bintang Barcelona itu dipilih oleh Tourism Malaysia untuk menjadi duta pelancongan negara selama setahun berikutan populariti beliau sebaris dengan pemain bola sepak elit dan popular di dunia.

Kemampuan penyerang Barcelona mempromosikan industri pelancongan Malaysia tidak terjejas sungguhpun terpalit dengan imej 'kaki gigit'.

Pemain bola sepak kelahiran Uruguay itu mempunyai lebih 50 juta pengikut dalam media sosialnya, menunjukkan potensi beliau yang amat tinggi untuk menjadi duta bagi memasarkan jenama Malaysia dalam industri pelancongan global.