KUALA LUMPUR:
Pemaju Malaysia, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) merangkul anugerah emas dunia untuk kali kedua berturut-turut pada Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2024 berlangsung di Gardens at the Bay, Singapura tempoh hari.


Ringkasan AI
  • Pemaju Malaysia, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) merangkul anugerah emas dunia untuk kali kedua berturut-turut pada Anugerah FIABCI World Prix dExcellence 2024 berlangsung di Gardens at the Bay, Singapura tempoh hari. Digelar sebagai Oscars untuk Industri Hartanah, anugerah berprestij ini meraikan keunggulan dalam pembangunan hartanah di pentas antarbangsa.


Digelar sebagai ‘Oscars untuk Industri Hartanah’, anugerah berprestij ini meraikan keunggulan dalam pembangunan hartanah di pentas antarbangsa.

Dianjurkan oleh Persekutuan Hartanah Antarabangsa (Fédération Internationale des Administrateurs de Bien-Conselis Immobiliers), anugerah tersebut mengiktiraf projek-projek yang mempamer inovasi, kualiti, seni bina dan rekaan, manfaat komuniti, impak alam sekitar dan kelestarian.

Kemenangan berturut-turut SkyWorld menggariskan kepemimpinannya dalam industri tersebut, menetapkan penanda aras untuk pembangunan perumahan mampu milik di Malaysia.

Anugerah emas dikurniakan kepada SkyWorld untuk projek ketiga siri Awani di Setapak, Kuala Lumpur - Residensi SkyAwani 3 yang menampilkan 1,905 unit apartment dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, setiap satunya dengan keluasan 800 kaki persegi pada harga
Skyworld


Pembangunan tersebut menawarkan 22 fasiliti rekreasi yang aktif, merangkumi sebuah kolam renang dengan jakusi jet buih, bilik permainan, gelanggang bola keranjang serta gimnasium, untuk memenuhi keperluan yang pelbagai segenap generasi.

Daripada rekaan pasif inovatif yang menganjurkan pencahayaan semula jadi kepada sistem pengudaraan yang mantap, Residensi SkyAwani 3 dibentuk dengan teliti bagi memastikan persekitaran kediaman yang selesa dan menyihatkan buat penghuninya.

Ketika siap pada 2022, ia mendapat skor QLASSIC 79%, pencapaian skor QLASSIC tertinggi untuk kategori perumahan mampu milik ketika itu, menunjukkan komitmen tak berbelah bahagi SkyWorld kepada kualiti dan inovasi.

Sorotan lain pada Residensi SkyAwani 3 adalah ia memiliki ‘SkyBridge’ Perumahan Tertinggi di Malaysia yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Pada ketinggian 170.55 meter di tingkat 52, ‘SkyBridge’ berukur lilit sepanjang 550 meter ini menghubungkan ketiga-tiga menara, menyediakan penduduk dengan pemandangan panoramik eksklusif bandaraya Kuala Lumpur.

Fasiliti tambahan pada jambatan ini termasuk trek joging, catur gergasi, kawasan kecergasan luar, dan ruang luas untuk sebarang aktiviti interaksi sosial, menyerlahkan lagi pengalaman ‘kehidupan di langit’.

“Kami amat berbesar hati untuk menerima anugerah emas dunia kedua berturut-turut pada Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence, satu pengiktirafan daripada panel juri antarabangsa terhormat yang menjadi kenyataan kepada usaha tanpa henti kami mencapai keunggulan.

“Penghargaan ini menggariskan komitmen teguh SkyWorld untuk menetapkan standard berkelas dunia dalam kualiti dan inovasi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng.

Residensi SkyAwani 3 turut meraih pelbagai anugerah berprestij lain, termasuk Anugerah Keunggulan Perumahan Bandar Mampu Milik 2023 oleh The Edge Malaysia, Anugerah Rumah Permulaan Terbaik oleh Anugerah StarProperty 2018, serta Anugerah Reka Bentuk Inovatif pada Anugerah Pembangunan Mampan Cemerlang Malaysia 2023 anjuran Anugerah Perancangan Bandar Malaysia (MUPA).

Lee turut menambah, mereka secara konsisten menyediakan rumah yang menepati atau menjangkaui standard industri, apa pun harganya dengan dedikasi yang berakar pada janji jenama SkyWorld bahawa ‘Kini Anda Boleh Miliki Rumah dan Kehidupan Berkualiti’ dan didorong tujuan utama untuk ‘Menjadikan Kehidupan Lebih Baik.’

Didorong tiga tonggak utama jenamanya - “Pengalaman ‘SkyLiving’ Bersepadu,” “Penciptaan Nilai,” dan “Inovasi dalam Persekitaran Mampan,” SkyWorld terus berinovasi dan menyampaikan produk berkualiti tinggi yang mempertingkat pengalaman kehidupan, mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri hartanah.