KUALA LUMPUR: SkyWorld Development Bhd (SkyWorld) mencatatkan keuntungan selepas cukai RM150.7 juta dan pendapatan sebanyak RM841.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023, iaitu pendapatan dan keuntungan tertinggi yang pernah dicatat dalam sejarah syarikat.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Bukan Bebas SkyWorld, Datuk Seri Ng Thien Phing berkata berdasarkan harga Penawaran Awal Awam (IPO) 0.80 sen serta rekod keuntungan, nisbah Harga Kepada Pendapatan (PE) syarikat adalah 5.56 kali.
“Ini menjadikannya jauh lebih rendah daripada purata PE pasaran. Kami mengumumkan 3 sen sesaham dengan hasil dividen sebanyak 3.75% berdasarkan harga IPO. Ini bermakna, belian pelabur yang melanggan IPO kami akan lebih bernilai,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Sejak tahun 2014 hingga Mei 2023, SkyWorld berjaya melancarkan sebanyak 12,317 unit kediaman dengan kadar pembelian sebanyak 92%.
“Ini adalah bukti bahawa produk kami mendapat permintaan tinggi dan memenuhi keperluan pasaran.
“SkyWorld menekankan mutu kualiti kerja yang tinggi untuk kesemua produknya. Syarikat mewajibkan semua pembangunannya menjalani Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan iaitu standard yang dinamakan QLASSIC oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia. Pada tahun 2020, pembangunan SkyLuxe on the Park di Bukit Jalil kami mencapai skor QLASSIC 85%, iaitu markah tertinggi di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, syarikat pemaju bandar itu menerima Anugerah Emas Dunia sempena majlis FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2023 yang berlangsung di Miami, Amerika Syarikat pada 8 Jun lalu menerusi projek SkyAwani 2 Residences.
Berkongsi mengenai hala tuju syarikat, SkyWorld akan meneruskan tumpuannya di bandaraya Kuala Lumpur serta mempunyai pelan strategik 10 tahun dengan matlamat untuk menembusi pasaran Asia Tenggara.
Dalam masa terdekat, SkyWorld memandang ke arah Vietnam sebagai negara Asia Tenggara pertama yang ingin diterokai dengan memberi tumpuan kepada bandar Ho Chi Minh.
Faida Rahim
Fri Jul 07 2023

Sejak tahun 2014 hingga Mei 2023, SkyWorld berjaya melancarkan sebanyak 12,317 unit kediaman dengan kadar pembelian sebanyak 92%.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

SkyWorld rangkul Anugerah Emas di ‘Oscars Industri Hartanah Dunia’ 2024 untuk tahun kedua berturut-turut
Anugerah diberi kepada projek Residensi SkyAwani 3 di Setapak, Kuala Lumpur yang menetapkan standard untuk rumah mampu milik berkualiti tinggi.

SkyWorld catat hasil dan keuntungan tertinggi dalam sejarah syarikat
SkyWorld mencatatkan keuntungan selepas cukai RM150.7 juta dan pendapatan sebanyak RM841.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023.