APABILA sudah dua tahun sepi beraya sendiri sahaja, masuk tahun ini semua pakat 'all out' beraya!
Pantang ada rumah terbuka atau ada masa lebih untuk melawat sanak saudara, pasti akan penuhi jemputan.
Tetapi dalam seronok beraya ni, jangan lupa pantau kesihatan anak-anak. Sepenat mana pun ibu dan ayah beraya dan sekarang ini sudah mula bekerja, jangan lupa lihat perubahan anak-anak jika ada sebarang simptom atau sesuatu yang pelik pada tubuh badan mereka.
Lebih-lebih lagi jika mereka sendiri mengaku rasa tak enak badan.
Sekarang ini bukan sahaja COVID-19 yang perlu dijaga, tetapi macam-macam lagi penyakit lain yang ada di sekeliling kita termasuklah HFMD.
Seperti yang dikongsikan oleh doktor ini di laman Facebook miliknya. Jom ikuti perkongsiannya.
________________________________________________________________________
Seronok tengok keluarga dan kenalan meraikan raya. Syukur. Alhamdulillah kami pun sempat beraya.
Tapi Allah beri sedikit ujian. Faatima tak berapa sihat bermula raya kedua. Pada mulanya, demam dan batuk.
“Bang, nafas Faatima nampak laju”
“Makan ubat dulu, tengok macam mana”
Ini kesilapan kami. Apabila dua-dua doktor, jadi kurang sensitif apabila anak sendiri sakit.
“Faatima dah ada recession (lekuk di dada)”
Cepat-cepat kami bawa ke kecemasan Hospital Kuala Kangsar. Tahun ini kami beraya di Perak. Oksigen dalam darah kurang. Dada berombak.
“Nanti prepare ETT saiz 4.5 ya”, beritahu doktor yang merawat.
Kalau keadaan Faatima semakin teruk, tiub pernafasan akan dimasukkan. Luluh hati ini. Rasa nak pecah dada. Dari keputusan darah dan X-ray, memang ada jangkitan paru-paru.
Faatima dipindahkan ke Hospital Taiping kerana tiada pakar dan kemudahan di Hospital Kuala Kangsar terhad.
Hari ini dah 4 hari Faatima berada dalam wad. Nasihat saya pada ibu dan ayah pada musim raya,
1. Kalau anak ada batuk, selsema, demam memang tidak disarankan untuk pergi beraya. Bimbang berjangkit.
2. Kes COVID-19 dalam kalangan anak-anak semakin meningkat. Wad pun penuh. Dapatkan vaksin untuk pelindungan.
3. Apabila datang beraya, jangan ambil mudah cium bayi orang terutamanya di mulut. Risiko jangkitan sangat tinggi.
4. Penyakit HFMD (Hand Food Mouth Disease) semakin menular. Cuba elak bawa anak-anak ke taman permainan, kolam renang dan tempat awam. Sentiasa bersihkan tangan.
5. Cuba dapatkan vaksin Pneumokokal. Jenis Prevenar 13. Vaksin ni akan dapat kurangkan risiko jangkitan paru-paru. Tempoh perlindungan seumur hidup. Untuk anak 2 tahun, hanya 1 dos.
6. Untuk elak anak mudah dijangkiti selsema disebabkan jangkitan virus, saya sarankan ambil vaksin Influenza. Terutamanya anak kurang 5 tahun.
7. Larang anak-anak bermain mercun. Pantau anak-anak main bunga api. Banyak kes kecederaan akibat mercun sampai ada hancur tangan.
Dalam keseronokan menyambut Aidilfitri, ibu dan ayah perlu waspada dengan kesihatan anak. - Keluarga
Keluarga
Sat Apr 22 2023

Dalam keseronokan menyambut Aidilfitri, ibu dan ayah perlu waspada dengan kesihatan anak. - Keluarga

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.

Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.

Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.