Pandemik COVID-19 telah menghilangkan ribuan pekerjaan di dunia dan Malaysia juga terkesan dengan bulan Julai sahaja merekodkan 745,100 penganggur.
Dalam usaha mengurangkan angka itu, pelbagai idea kreatif masyarakat menggunakan platform digital sama ada menambah sumber pendapatan atau menjadi ranting untuk berpaut di kala kehilangan kerja atau gaji dikurangkan.
Maka lebih ramai rakyat Malaysia menceburkan diri dalam platform YouTube yang sebenarnya mampu menjana pendapat lumayan merangkumi pelbagai topik untuk dijadikan bahan dalam video yang dihasilkan.
Mereka yang gemar membaca buku atau digelar ‘ulat buku’ juga tidak ketinggalan apabila menggunakan platform itu untuk mengetengahkan hobi mereka selain mencari pendapatan sampingan.
Tanggal 31 Ogos 2020, lahirlah Komuniti Booktube Malaysia yang diasaskan untuk membawa YouTuber ulat buku ke satu cabang mengembangkan serta membangunkan kembali industri buku yang semakin malap di negara ini.
Menurut Pengasasnya, Hafiz Latiff, dengan adanya Booktuber, koordinasi dan kerjasama bersama dengan penulis serta penerbit buku membawa kepada satu dimensi pemasaran baharu industri buku.
“Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Booktuber telah berkembang dan semakin ramai penyertaan yang kami terima sejak dilancarkan dan sehingga kini terdapat lebih 500 individu yang berminat menjadi booktuber.
“Pertamanya, kami mahu mengumpulkan para booktuber ini sebagai kumpulan sokongan membantu booktuber hasilkan kandungan yang baik dan berkualiti untuk masyarakat.
“Keduanya membuka ruang kerjasama antara penerbit dan penulis buku di Malaysia untuk ketengahkan karya penulisan yang mereka hasilkan bukan sahaja di Malaysia malah luar negara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro Awani dalam Program tembual Awani Pagi Segmen Realiti Rakyat, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Hafiz berkata Booktuber boleh menghasilkan kandungan video mengikut kreativiti dan idea masing-masing memberikan kebebasan maksima dalam berkarya.
“Paling kami banggkan ialah pelajar yang tidak dapat ke sekolah akibat PKP juga turut serta menghasilkan video memperlihatkan sisi terbaru buku yang mereka gemar baca,” jelasnya.
Sementara itu, seorang lagi pengasas Komuniti Booktube Malaysia, Aman Wan berkata komuniti booktube luar negara sebenarnya telah lama bertapak dan berkembang maju terutama di negara-negara Eropah.
Jelasnya, Malaysia mempunyai ramai Youtuber yang membuat kandungan buku sebagai ulasan mereka namun tidak mempunyai satu platform khusus untuk merancakkan lagi perkara ini.
“Kita mempunyai ramai kawan-kawan yang pergi melancong ke luar negara pergi ke kedai buku dan perpustakaan yang begitu unik.
“Ini juga boleh dijadikan salah satu kandungan untuk booktuber, selain mengulas mengenai buku, latar belakang buku, penulis dan penerbit sesebuah buku.
“Ini sekaligus menjadikan kandungan booktuber sebenarnya lebih meluas dan tidak terhad kepada buku sahaja,” katanya.
Aman yang juga seorang penulis buku berkata, booktuber jika dikembangkan lagi komuniti tersebut di Malaysia boleh menjadi pegawai pemasaran kepada penulis dan penerbit buku.
“Youtuber ini dilihat sebagai seorang berpengaruh dan pengaruh inilah yang boleh digunakan untuk menarik minat mereka yang gemar atau tidak gemar membaca buku untuk menerokai hobi ini dengan lebih mendalam.
“Malah adakalanya buku-buku yang lama juga boleh diketengahkan kembali di dalam kandugan video jadi orang yang tidak suka membaca buku pun boleh tertarik dengan kaedah sebegini,” jelasnya.
Dalam masa yang sama juga, Aman turut tidak menolak kemungkinan ia sebagai salah satu kaedah terkini boleh digunakan dalam bidang pendidikan terutama buat warga pendidik.
“Guru-guru boleh menghasilkan kandungan video menggunakan Youtube menceritakan mengenai buku-buku teks di sekolah bukan seperti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tetapi untuk memperkenalkan buku teks melalui cara yang lebih kreatif.
“Ini dapat mempromosikan bahan bacaan di pusat sumber sekolah dan menarik minat pelajar untuk ke situ kerana kita tahu pusat sumber sekolah ini semakin lama semakin sukar pelajar nak ke sana tanpa ada apa-apa sebab,” jelasnya.
Maka secara jelasnya, Komuniti Booktube Malaysia merupakan platform yang dianggap masih hijau di negara ini dan jika diberi perhatian secara serius oleh kerajaan dan pihak berwajib ia boleh memberi nafas baharu buat industri buku negara.
Sudah masanya untuk menggilap semula buku yang sudah berhabuk di rak-rak buku perpustakaan atau dimana saja untuk dijadikan kandungan dalam Youtube yang bukan sahaja boleh mencetus minat membaca tetap juga sebagai platfrom menjana pendapatan.
Afiezy Azaman
Thu Sep 17 2020
Aman Wan salah seorang Booktuber yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam membuat ulasan mengenai buku.
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Realiti Rakyat: Booktuber ejen pemasaran penulis dan penerbit, usaha bangunkan industri buku
Booktuber sebagai platform promosi buku dan jana pendapatan bagi ulat buku.