DI BULAN bulan Ramadan, ramai yang memilih untuk membeli makanan di bazar kerana terdapat pelbagai pilihan dan semuanya nampak enak di mata.
Setelah seharian penat bekerja, bazar Ramadan dianggap sebagai "penyelamat" kerana tidak lagi perlu bersusah-payah untuk memasak di rumah.
Selain bazar Ramadan, ada peniaga yang menjalankan perniagaan makanan daripada rumah, membekalkan makanan siap masak, sama ada yang dihantar sendiri oleh peniaga atau menggunakan khidmat penghantaran.
Masih ingatkah tentang "tragedi puding buih" pada bulan Ramadan tahun lepas?
Laporan ketika itu menyebut 99 individu telah dilaporkan mendapatkan rawatan akibat keracunan makanan selepas memakan puding buah yang dibeli.
Lebih menyedihkan seorang daripada mangsa meninggal dunia akibat mengalami komplikasi yang teruk.
BACA: Mangsa keracunan puding buih meninggal dunia
Fakta paling penting tentang keracunan makanan ialah ia boleh dielakkan dengan mengamalkan tatacara penyediaan dan pengendalian makanan yang betul.
Menurut kenyataan bersama Pakar Mikrobiologi Klinikal, Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani, keracunan makan boleh terjadi disebabkan oleh penyediaan makanan yang tidak sempurna dan tidak bersih.
“Telur dan daging ayam misalnya, berisiko untuk menyebabkan jangkitan bakteria Salmonella. Apabila telur atau daging ayam tidak dicuci bersih dan dimasak sempurna, seseorang boleh mendapat keracunan yang dinamakan Salmonellosis,” ujar mereka.
Satu lagi penyakit yang berkaitan dengan makanan ialah penyakit demam kepialu atau tifoid.
Kuman Salmonella typhi, penyebab jangkitan tifoid, disebarkan daripada seorang individu kepada individu yang lain melalui tangan yang dicemari oleh najis.
Justeru, beberapa langkah disaran untuk pembeli makanan bagi mengurangkan risiko keracunan makanan, bukan sahaja semasa bulan Ramadan, tetapi juga boleh dijadikan panduan sepanjang masa:
1. Memasak sendiri di rumah, rancang menu serta buat persediaan awal.
2. Tidak membeli makanan yang telah dikenal pasti rosak seperti berbau, berbuih dan berubah tekstur.
3. Tidak membeli makanan berisiko seperti puding dan kek yang menggunakan telur mentah sebagai bahan.
4. Sekiranya penjual makanan tidak menggunakan penyepit makanan untuk memindahkan kuih atau makanan daripada bekas ke plastik pembungkus, jangan teruskan pembelian
5. Lihat tangan dan kuku pengendali makanan. Sekiranya kuku mereka panjang, memakai aksesori yang keterlaluan seperti cincin dan gelang tangan semasa mengendalikan makanan, beli makanan daripada penjual lain.
6. Pastikan pengendali makanan memakai penutup kepala.
7. Untuk makanan seperti nasi kerabu, jangan beli daripada pengendali makanan yang menggunakan tangan untuk memecahkan keropok dan mengambil ulam-ulaman.
8. Beli hanya daripada peniaga makanan yang memaparkan lesen pengendali makanan termasuk pengesahan suntikan vaksin tifoid.
9. Tanya penjual makanan, bilakah makanan tersebut dimasak? Elakkan membeli makanan yang telah dimasak terlalu lama.
10. Jangan beli sekiranya makanan tersebut dalam keadaan terdedah. Ini berisiko untuk mendapat jangkitan bawaan lalat, pencemaran silang ataupun tercemar dengan bendasing.
Khairunnisa Kasnoon
Fri Apr 16 2021
Fakta paling penting tentang keracunan makanan ialah ia boleh dielakkan dengan mengamalkan tatacara penyediaan dan pengendalian makanan yang betul. - Gambar hiasan
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.
Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya
Sistem pendidikan Islam memerlukan pendekatan baharu untuk disesuaikan dengan realiti semasa.
Potensi pelaburan syariah kekal kukuh - Pakar
Potensi pelaburan patut syariah kekal kukuh walaupun terdapat ketidakstabilan pasaran dan kadar faedah yang tidak menentu.
Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri
Hikmah terbesar ibadah haji adalah mengajar umat Islam supaya meninggalkan sikap keakuan serta membuang rasa megah dalam diri.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.